Hari ini telah diadakan program RIMUP yang melibatkan murid-murid PPKI dan tahun 5. Program ini berjalan dengan lancar dan terpancar keseronokan di riak muka murid-murid yang terlibat. Program ini adalah bertujuan untuk merapatkan integrasi antara kaum disekolah-sekolah kebangsaan.

Pada pagi murid-murid berkumpul dan dimulakan dengan aktiviti poco-poco, senamrobik dan tarian tradisional yang diketuai oleh Puan Azma. Sakan sungguh murid-murid, guru-guru dan PPM berpoco-poco. Tapi aktiviti ini memang best dan dapat keluarkan peluh. Si Vincent tu tengok jer sampai ternganga luas mulutnya. Mulut mama Ayu seperti biasa maintain merah menyala... hehehehe...

Selepas itu diadakan slot seni tari yang merangkumi tarian zapin, cina dan india serta tarian moden komtemporari. Gelek sakan murid-murid dan cikgu-cikgi...

Aktiviti 'ice breaking' juga menarik perhatian murid-murid khususnya murid PPKI. Cikgu Zainal memang ada permainan yang menarik dan tak kering gusi dibuatnya. Murid2 PPKI yg tak tahu apa-apa pun turut tersenyum dan ketawa...hehehe.. ikut kawan-kawan aliran perdana...

Membuat sandwich memang best sebab boleh makan terus. Murid-murid memang teruja menyediakan sandwich ni. Murid-murid PPKI tak lepas peluang membuat sendiri dan makan sampai berulang-ulang. Paling banyak makan adalah Zahirah, Daniel, Fahmi, Wahida dan yang paling kuat makan adalah Mama Ayu... Lipstik dia masih maintain lagi merahnya.. tapi merah sardin ler.. tu lah gelojoh sangat mama ayu tu... hehehhehehe.. jangan marah ekkk...

Hujan renyai-renyai, jadi untuk aktiviti sukaneka, murid-murid PPKI hanya tengok sahaja dan memberi sokongan. Yang paling menyeronokkan adalah murid-murid PPKI berebut-rebut nak masuk dalam khemah..Maklumlah tak pernah masuk dalam khemah dan berkhemah...

Akhir sekali kem komandan, Pn Salwa, memberikan sepatah dua kata sebelum bersurai. Cikgu Md Nor dan Cikgu Rizal sibuk dok memantau makanan kat kantin tu.. nak pastikan semua murid dapat makanan.

Puan Fauziah,GPK PPKI sibuk juga le ke hulu hilir untuk memastikan program ini berjaya. tapi aktiviti poco-poco tidak boleh dilepaskan juga. Cikgu Leha sibuk mengambil gambar tetapi sempat juga berpoco-poco... Cikgu Raziyah memang superb dalam poco-poco. sekejap jer bleh hafal step... hehehehe... Cikgu Jun sempat buat cekodok pisang.. best tuh..hehehehe...

Semuanya best sekali... cikgu Ros, cikgu nurul yg emos sekejap tu, cikgu azlina yang tahu segalanya, cikgu azilah yang sarat, semua mama-mama... mama ina, mama mimah dan mama ita, memberikan komitmen yg tak berbelah bagi... tapi yang paling best sekali waktu diaorang ni menari dan poco-poco..hehehehehe...