Pada 8hb Januari 2010 bersamaan hari sabtu, Panitia Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 telah menganjurkan program gotong royong di kawasan PPKI sekolah.

Objektif program ini adalah bertujuan membersihkan kawasan PPKI untuk memberikan persekitaran yang bersih dan positif terhadap anak-anak kesayangan sekolah. Selain itu juga program ini turut menyediakan tapak taman herba PPKI dan kawasan berkebun PPKI untuk kegunaan anak-anak kita.

Program ini telah mendapat sokongan padu dari Guru Besar dan pihak pentadbiran sekolah, Ibu Bapa, guru-guru PPKI, Pembantu Pengurusan Murid (PPM), guru-guru lepasan KPLI sekolah dan tidak ketinggalan anak-anak istimewa kita.

Photobucket

Aktiviti program bermula pada pukul 8.30 pagi dengan pembahagian tugas mengikut kumpulan. Antara pembahagian tugas tersebut adalah seperti:

  • Mengecat almari lama
Photobucket
  • Penyediaan tapak Taman Herba
Photobucket
  • Penyediaan kawasan berkebun PPKI sekolah
kawasan kebun
  • Mengecat bangku sekolah
Photobucket

Photobucket

Photobucket
  • Penyediaan anak pokok herba
Photobucket

Penanaman herba
  • Pembersihan stor PPKI
Photobucket

Photobucket
  • Penyusunan semula ruang santai PPKI
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Aktiviti program ini berlangsung dengan lancar dan mesra dan ia menjadi semakin manis apabila murid-murid yang terlibat dengan pemilihan bola sepak sekolah turut serta membersihkan kawasan PPKI setelah tamat proses pemilihan pasukan bola sepak tersebut.

Photobucket

Kesannya amat mendalam sekali kerana murid-murid sekolah telah dilatih untuk berintegrasi bersama-sama anak-anak istimewa kita tanpa rasa prejudis dan berjalan dengan mesra sekali.

PPKI sekolah telah berwajah baru dan segar, hasil daripada aktiviti program mesra ini.

Semoga hasil berkat doa semua pihak terutamanya anak-anak kesayangan kita ini; PPKI Sekolah kita akan terus cemerlang dalam memberi pendidikan dan kemahiran kepada anak-anak istimewa kita.

PENDIDIKAN UNTUK SEMUA

Model Gotong Royong PPKI 2010

Photobucket