PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SK TAMAN BUNGA RAYA 1, BUKIT BERUNTUNG, 48300 RAWANG,SELANGOR

TERAPI BERKUDA DALAM PENDIDIKAN KHAS

Photobucket

Murid-murid bermasalah pembelajaran ialah murid yang mempunyai kekurangan dan ketidakupayaan dari segi mental, emosi, sosial dan fizikal.

Mereka tidak mempunyai berkebolehan untuk mengikuti pelajaran secara normal seperti murid lain.

Oleh yang demikian, pelaksanaan kurikulum pendidikan khas membolehkan guru-guru mengubahsuai teknik pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai matlamat Pendidikan Khas.


Usaha ini dapat memastikan murid-murid terlibat secara aktif serta membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan, bermakna dan menggembirakan.

Salah satu daripadanya ialah melalui terapi fizikal. Sejajar dengan inilah maka terapi berkuda dipilih bagi memberi pengalaman bermanfaat agar guru lebih berkeyakinan dan berkemahiran apabila berhadapan dengan murid-murid pendidikan khas ini.

Justeru itu, murid-murid pendidikan khas juga lebih berkeyakinan disamping menambahbaikan pergerakan motor kasar, motor halus dan perkembangan kecergasan fizikal bagi menambah kemahiran kehidupan seharian.

Photobucket

Berkuda adalah salah satu daripada aktiviti yang sangat menyeronokkan. Seringkali aktiviti ini dianggap sebagai aktiviti dikalangan golongan elit sahaja.

Justeru itu tidak ramai yang mengetahui bahawa aktiviti ini juga telah dijadikan sebagai aktiviti terapi bagi kanak-kanak istimewa sebagaimana yang dilaksanakan oleh Riding For The Disable Malaysia (RDAM).



Aktiviti ini juga boleh diaplikasikan kepada pelbagai peringkat usia.Terapi berkuda ini mempunyai teknik-teknik khusus yang perlu diketahui oleh setiap Jurulatih dan pembantunya agar keselamatan Kanak-kanak istimewa berkenaan terjamin.

Secara umumnya keistimewaan terapi berkuda ini ialah ianya berkesan untuk kesihatan dan dapat membantu membina kekuatan otot dengan syarat ianya dilakukan secara berterusan oleh kanak-kanak istimewa berkenaan.

Meningkatkan motivasi murid,meningkatkan semangat,penampilan diri, membenarkan perasaan berdikari,merasakan pencapaian Individu dan merasakan keupayaan untuk mengawal keadaan.

Memperbaiki pengawalan kepala,memperbaiki mempertingkatkan kelenturan(Kepelbagaian pergerakan),memperbaiki koordinasi dan keseimbangan Menunggang kuda mula dijadikan kaedah rawatan sejak 1875 bagi pesakit yang mengalami pelbagai masalah kesihatan, termasuk gangguan neurologi, sakit sendi, hilang keupayaan bergerak dan mengimbangi diri.


Nama saya ....

Pengalaman ini dirakamkan oleh seorang guru Pendidikan Khas ketika bertemu murid baru untuk perkongsian bersama....

Photobucket




Psst..Psst.. Cikgu.. Saya nak bagi tau sesuatu ni..
:pandaGeli_02:
Hmm.. Apa dia...

Nama saya Syafiq
:pandaGeli_01:
Cikgu tau..



Nama saya Syafiq
Yer..
Cikgu tau..


Nama saya
Syafiq
Yer.. Yer..



Nama saya
Syafiq
Cikgu taulah..


Hehehe.. Nama Saya
Syafiq
Berapa kali nak cakap ni.. :cinonet_45:


Tak perlah.. Saya nak ingatkan Cikgu berkali-kali..
Hehehe.. Nama saya
Syafiq tau..
(Dalam hati : Berikan hambaMU ini kes
abaran, Ya Allah..)
Ok..
Cikgu ingat nama awak tu..


Nama saya ada dua harkat tau..
Sebut betul-betul...
Syafiq.. (^__^)
Ooo.. Camtu eh.. ok2..
Na
nti Cikgu sebut dengan tajwid yang betul..


Nama saya bukan Syamil tau..

Wokey..
Cikgu tau..


Nama saya bukan Samad tau..
Hmmm.. Tau..



Nama saya..

Dah..dah.. :cinonet_15:Cikgu tau lah nama awak Syafiq..


Hehehe.. Nak cakap sikit lagi..
Nama saya bukan Sherkawi Jirim tau..

(Bengangnya aku..:puteh_18:) Cikgu tau lah..
Tu kan pembaca berita sukan TV3 dulu..



Saya ingatkan aje.. Tak nak cikgu silap.. (^__^)
Baikkk.. Cikgu ingat punyalah jangan risau..


Nama saya..

Argghh..
Cikgu tau.. Cikgu tau.. Cikgu tau..:puteh_9:

Cikgu.. Janganlah mara
h..:puteh_23:
Saya nak ingatkan aje.. Takut Cikgu lupa..

Cikgu tak kan lupa, percayalah..
Ingat tauuu... Na
ma saya SYAFIQ... Lalalalalalala...:wink:
@#$%&@##
%!!!!! (Siyes, aku bengang tahap gaban..
Babap dak ni kang.. Grr
r..:puteh_15: )



p/s: Hahaha.. Kawan-kawan.. Nama saya Syafiq..
:puteh_27:
Nama awak siapa pula???!!!! (^__^)

Aktiviti sepanjang minggu...

Pada 4hb Febuari 2010, PPKI Sekolah telah mengadakan aktiviti Terapi Air yang pertama bagi tahun 2010.

Terapi air ini telah disertai oleh 25 orang murid dan diikuti 11 orang guru, 3 pembantu pengurusan murid dan 1 ibu murid PPKI.

Seperti biasa terapi air ini dijalankan di Kolam Renang Kelab Golf Bukit Beruntung.

Terapi air ini amat membantu murid-murid dalam pergerakan motor halus dan kasar.



Keselamatan di dalam air amat dititikberatkan setelah pembahagian tugas antara guru yang bertugas di air dan guru yang bertugas di darat.

Aktiviti terapi air dimulakan dengan aktiviti regangan dan diikuti dengan pergerakan kaki di dalam air sehinggalah ke pergerakan kepala.



Aktiviti terapi air ini sememangnya dinanti-nantikan oleh murid PPKI.


Model kelas berenang pada Bulan Febuari 2010

##################################

Rutin biasa pada hari Jumaat, kelas PPKI akan bermula dengan bacaan Yassin. Bacaan Yassin ini disertai oleh semua guru-guru PPKI, PPM dan semua murid PPKI yang muslim.

Bacaan Yassin ini adalah bertujuan memohon kerahmatan dan keselamatan serta rezeki yang diberkati kepada semua warga PPKI SKTBR1.

Setelah tamat majlis bacaan yassin, murid-murid PPKI yang muslim akan diberikan minum air yassin.

Namun begitu, sebelum pulang, PPKI SKTBR1 telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Jadi kepada murid PPKI yang hari jadinya jatuh pada bulan Januari.



Murid yang diraikan adalah adik Aiman dari Unit 3.



Kek Sambutan Hari Jadi telah disumbangkan oleh Mama Rina. Semoga rezeki Mama Rina akan bertambah.



#################################

Hari Sabtu (6 Feb. 2010) adalah hari sabtu pertama didalam bulan Febuari 2010, tetapi guru-guru PPKI berserta PPM telah berpakat untuk mengadakan gotong royong di Taman Herba.



Walaupun penat dengan kerja harian disekolah dan latihan rumah sukan disebelah petangnya, guru-guru PPKI dan PPM tetap bersemangat untuk meneruskan gotong royong demi keselesaan murid-murid PPKI.



Gotong royong ini dilakukan diawal pagi sebelum memasuki mesyuarat PPS di bilik mesyuarat sekolah pada pukul 10.30 pagi.



Hati mestilah ceria dalam membuat pekerjaan

Photobucket

Disleksia terdiri daripada dua perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak.

Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Photobucket

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia.

Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.

Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan

lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.

Diperingkat sekolah mereka mungkin:

1. Lambat bertutur

2. Mengalami kesukaran sebutan atau rima

3. Sukar menulis nama sendiri

4. Sukar mengenal bentuk atau warna

5. Sukar memberitahu cerita yang telah didengarnya


Di Alam persekolahan, murid disklesia mungkin mengalami:

1. Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira.

2. Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas

3. Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (bacaan terbalik) seperti:

Photobucket
  • Membezakan 15 dengan 51
  • "ibu" menjadi "ubi"
  • "b" dengan "d"
4. Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut

5. Keliru dengan konsep masa seperti "semalam, hari ini dan esok"

6. Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan.

7. Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah.


Photobucket


Photobucket

Kanak-kanak berpendidikan khas mempunyai masalah tertentu seperti masalah fizikal, masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, tingkah laku, masalah pendengaran, terencat akal dan pintar cerdas.

Kanak-kanak ini dikategorikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Kanak-kanak ini menunjukkan perkembangan yang berbeza daripada kanak-kanak biasa, misalnya keupayaan kognitif, fizikal yang terhad, kesukaran berinteraksi dan berkomunikasi.

Photobucket

MASALAH KECACATAN FIZIKAL

Masalah kecacatan fizikal merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami ketidakupayaan fizikal, dan memerlukan pengubatan atau peralatan khas seperti pendakap atau kerusi roda.

Photobucket

Ia termasuk ketidakupayaan berbentuk neorologi yang melibatkan otak dan urat saraf yang rosak serta kecacatan ortopedik yang melibatkan tulang, sendi dan otot.

Di antara masalah yang di kategorikan sebagai kecacatan fizikal ialah seperti cerebral palsy, epilepsy, spina bifida, muscular dystrophy, limb deficiencies, asthma, diabetes dan leukemia.


MASALAH PENGLIHATAN

Kanak-kanak yang dikategorikan sebagai mempunyai masalah penglihatan jika kerosakan penglihatan tersebut tidak dapt diperbetulkan dan mengganggu pembelajaran.

Photobucket

Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan mempunyai penglihatan yang terbatas atau buta. Masalah penglihatan terbatas bermaksud tahap penglihatan kanak-kanak berada di antara 20/70 dan 20/200 dengan penggunaan lensa.

Penglihatan kanak-kanak ini terhad kepada objek yang dekat sahaja.

Kanak-kanak yang buta juga kadang kala mempunyai masalah pendengaran dan perkembangan psikomotor mereka agak terhad.

Keupayaan motor mereka sebenarnya tidak terjejas dari segi neurologi tapi dipengaruhi pergerakan meraka yang terhad.

Mereka tidak boleh meneroka persekitaran seperti kanak-kanak normal yang lain. Ini juga boleh memberi kesan ke atas perkembangan personaliti.

Kanak-kanak ini mempunyai konsep kendiri yang lemah dan perhatian lebih yang diberikan kepada mereka boleh menggalakkan pergantungan kepada guru dan rakan untuk sentiasa membimbing mereka.

Di samping itu, pengalaman mereka yang terhad dalam dunia visual memberi kesan pada perkembangan bahasa.

Misalnya, seorang kanak-kanak normal boleh memberi pelbagai contoh untuk perkataan bulat dan menghuraikannya dengan jelas jika dibandingkan dengan kanak-kanak yang mempunyai masalah penglihatan.


MASALAH PENDENGARAN

Terdapat dua kategori masalah pendengaran iaitu separa pekak dan pekak. Separa pekak bermaksud penggunaan alat pendengaran akan membolehkan kanak-kanak ini menerima pendidikan secara audio.

Photobucket

Kanak-kanak yang dikategorikan pekak perlu menerima pendidikan menggunakan sensori lain seperti penglihatan.

Tahap kehilangan pendengaran diukur dengan audiometer dalam unit decibel. Seseorang dikategorikan pekak jika tahap kehilangan keupayaan mendengar lebih daripada 70 decibel.

Mereka yang tergolong dalam separa pekak mempunyai tahap kehilangan keupayaan pendengaran antara 20 hingga 60 decibel.

Seseorang guru perlu peka kepada petanda masalah yang ditunjukkan oleh muridnya. Contoh, symptom seperti kerap meminta orang mengulang apa yang telah disebut.

Mereka juga mempunyai masalah untuk mengikut arahan dan salah faham kerap berlaku. Pertuturan kanak-kanak ini tidak lancar kerana masalah sebutan yang sangat lemah.

Mereka juga sering mempunyai masalah nada suara yang tinggi atau rendah dan sering memusingkan kepala untuk mendengar.

Masalah pendengaran menjejaskan komunikasi dan juga pembelajaran individu. Ketidakupayaan berkomunikasi ini memberi kesan kepada perkembangan sosial, emosi, bahasa dan kognitif individu tersebut.


MASALAH PERTUTURAN

Masalah pertuturan boleh dikategorikan kepada empat iaitu masalah sebutan, gagap, suara dan masalah bahasa.

Masalah sebutan ialah kecenderungan meniggalkan suku kata atau mengubah bunyi suatu perkataan. Misalnya “saya” kepada “caya”.

Photobucket

Gagap merupakan gangguan kepada kelancaran percakapan. Aliran percakapan terganggu di mana seseorang itu mungkin mengulang, berhenti seketika atau mencelah dengan suku kata atau perkataan.

Gagap berlaku apabila individu tersebut teruja dan ingin menyatakan sesuatu dengan kadar yang cepat.

Masalah pertuturan seperti masalah sebutan, gagap, dan suara boleh menimbulkan rasa malu dan menyebabkan kanak-kanak tersebut berasa tidak selesa dalam situasi sosial.

Ia mungkin tidak mengganggu pembelajaran seperti mana masalah biasa. Masalah bahasa biasanya memberi kesan kepada perkembangan kognitif kanak-kanak.

Photobucket

BERILAH MEREKA PELUANG...

Photobucket

Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita tersendiri. Jika diberi peluang pastinya mereka dapat meneroka dan memperkembangkan minat masing-masing.

Dengan minat yang ada, sudah tentunya ia akan membuahkan hasil dan menampakkan kejayaan. Ini sudah pastinya meningkatkan motivasi dan kepercayaan diri dalam diri individu.

Mungkin anda sebagai ibu bapa mempunyai impian melihat anak –anak anda menjadi pilot, doktor, peguam dan menjawat jawatan yang tinggi.

Persoalannya apakah jawatan tersebut sesuai dengan kemampuan anak anda yang mempunyai sifat-sifat yang terbatas?

Namun begitu, anda seharusnya tidak berputus asa kerana meskipun mereka dilahirkan dengan keadaan yang tidak sempurna, mereka masih dapat mengecap nikmat kehidupan dengan gembiranya.

Apa yang penting, kepuasan dalam bidang yang diceburi mengikut minat masing-masing.

Meskipun golongan istimewa mempunyai kebolehan yang terbatas, ibu bapa seharusnya memberi kepercayaan dan galakan kepada mereka dalam apa jua bidang yang mereka ceburi.

Dengan pendidikan dan latihan yang sepatutnya, orang-orang istimewa mampu beroleh kejayaan.

Sejarah telah membuktikan, golongan istimewa juga mampu melakukan tugas seperti orang lain malah kadangkala lebih baik lagi!

Klik sambil menyumbang... Tiada bayaran dikenakan keatas anda...

Terapi air...

Kenali daku

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUNGA RAYA 1
PERSIARAN BUNGA RAYA, BUKIT BERUNTUNG,
48300 RAWANG, SELANGOR

Followers

CARTA ORGANISASI PPKI SKTBR1

Klik sini...


ShoutMix chat widget