Photobucket

Disleksia terdiri daripada dua perkataan Yunani iaitu "DYN" bermakna susah, dan "LEXIA" bermakna tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu gangguan dalam pembelajaran yang biasanya dialami oleh kanak-kanak.

Lazimnya, masalah pembelajaran yang dihadapi adalah seperti membaca, menulis, mengeja, dan kemahiran mengira. Oleh itu dyslexia merujuk kepada mereka yang menghadapi masalah untuk membaca dan menulis walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.

Photobucket

Mereka yang mempunyai Disleksia bukannya menghadapi kecacatan malah sebahagian daripada orang-orang yang terkenal juga mempunyai disleksia.

Sesetengah mereka yang mempunyai keadaan disleksia mempunyai kesukaran untuk menyebut perkataan yang panjang, dan ada yang sukar mempelajari turutan seperti nama bulan, dan sifir. Setiap orang dengan disleksia mempunyai masalah yang tidak serupa dengan orang lain dengan disleksia.

Masalah Disleksia adalah berbeza dengan Afasia, yang merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh kerosakan saraf otak, dengan itu akan melumpuhkan kebolehan seseorang untuk berkomunikasi.

Perkataan disleksia diambil daripada istilah Yunani, dys yang bermaksud 'sulit dalam...' dan

lex (diambil daripada legein) yang bermakna 'bercakap'. Secara kesimpulannya, disleksia bermakna menderita kesukaran yang berhubungan dengan kata atau simbol-simbol tulisan.

Kanak-kanak yang mengalami disleksia bukanlah tergolong dalam golongan yang bodoh. Daripada kajian-kajian mendapati mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual yang normal dan tidak mempunyai masalah pendengaran dan penglihatan.

Diperingkat sekolah mereka mungkin:

1. Lambat bertutur

2. Mengalami kesukaran sebutan atau rima

3. Sukar menulis nama sendiri

4. Sukar mengenal bentuk atau warna

5. Sukar memberitahu cerita yang telah didengarnya


Di Alam persekolahan, murid disklesia mungkin mengalami:

1. Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira.

2. Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas

3. Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (bacaan terbalik) seperti:

Photobucket
  • Membezakan 15 dengan 51
  • "ibu" menjadi "ubi"
  • "b" dengan "d"
4. Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut

5. Keliru dengan konsep masa seperti "semalam, hari ini dan esok"

6. Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan.

7. Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah.


Photobucket