Photobucket

Murid-murid bermasalah pembelajaran ialah murid yang mempunyai kekurangan dan ketidakupayaan dari segi mental, emosi, sosial dan fizikal.

Mereka tidak mempunyai berkebolehan untuk mengikuti pelajaran secara normal seperti murid lain.

Oleh yang demikian, pelaksanaan kurikulum pendidikan khas membolehkan guru-guru mengubahsuai teknik pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai matlamat Pendidikan Khas.


Usaha ini dapat memastikan murid-murid terlibat secara aktif serta membantu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih berkesan, bermakna dan menggembirakan.

Salah satu daripadanya ialah melalui terapi fizikal. Sejajar dengan inilah maka terapi berkuda dipilih bagi memberi pengalaman bermanfaat agar guru lebih berkeyakinan dan berkemahiran apabila berhadapan dengan murid-murid pendidikan khas ini.

Justeru itu, murid-murid pendidikan khas juga lebih berkeyakinan disamping menambahbaikan pergerakan motor kasar, motor halus dan perkembangan kecergasan fizikal bagi menambah kemahiran kehidupan seharian.

Photobucket

Berkuda adalah salah satu daripada aktiviti yang sangat menyeronokkan. Seringkali aktiviti ini dianggap sebagai aktiviti dikalangan golongan elit sahaja.

Justeru itu tidak ramai yang mengetahui bahawa aktiviti ini juga telah dijadikan sebagai aktiviti terapi bagi kanak-kanak istimewa sebagaimana yang dilaksanakan oleh Riding For The Disable Malaysia (RDAM).



Aktiviti ini juga boleh diaplikasikan kepada pelbagai peringkat usia.Terapi berkuda ini mempunyai teknik-teknik khusus yang perlu diketahui oleh setiap Jurulatih dan pembantunya agar keselamatan Kanak-kanak istimewa berkenaan terjamin.

Secara umumnya keistimewaan terapi berkuda ini ialah ianya berkesan untuk kesihatan dan dapat membantu membina kekuatan otot dengan syarat ianya dilakukan secara berterusan oleh kanak-kanak istimewa berkenaan.

Meningkatkan motivasi murid,meningkatkan semangat,penampilan diri, membenarkan perasaan berdikari,merasakan pencapaian Individu dan merasakan keupayaan untuk mengawal keadaan.

Memperbaiki pengawalan kepala,memperbaiki mempertingkatkan kelenturan(Kepelbagaian pergerakan),memperbaiki koordinasi dan keseimbangan Menunggang kuda mula dijadikan kaedah rawatan sejak 1875 bagi pesakit yang mengalami pelbagai masalah kesihatan, termasuk gangguan neurologi, sakit sendi, hilang keupayaan bergerak dan mengimbangi diri.