rakaman video kawad kaki







Adik Firdaus Ibrahim telah mewakili pasukan kawad kaki TKRS sekolah di dalam Pertandingan Kawad Kaki sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Daerah Hulu Selangor 2010.

Adik Firdaus adalah salah seorang murid PPKI yang mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan.

Namun diatas komitmen beliau, adik Firdaus Ibrahim telah terpilih untuk menganggotai pasukan kawad kaki TKRS sekolah.

Beliau telah menjadi penanda kanan pasukan kawad kaki sekolah. Ini adalah kedudukan yang terpenting dalam pasukan kawad selepas Komandan Pasukan kawad Kaki.

Dalam Pertandingan Kawad Kaki sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Daerah Hulu Selangor 2010 yang berlangsung pada 5hb Mei 2010, pasukan kawad TKRS Sekolah yang dianggotai oleh adik Firdaus telah berjaya menjadi Naib Johan Daerah.

Pasukan Pengakap Perempuan Sekolah telah berjaya menjadi Johan Daerah dan Komandan Perempuan Terbaik Daerah.

Pencapaian ini amat membanggakan pihak sekolah. Dan kejayaan adik Firdaus juga amat membanggakan seluruh warga PPKI sekolah.

Adik Firdaus berjaya membuktikan status sebagai murid PPKI tidak menghalang beliau untuk mencapai kejayaan bersama-sama murid-murid aliran perdana.

Tanniah adik Firdaus!!! Tanniah guru-guru PPKI!!!

Tanniah pihak pengurusan sekolah kerana memberi peluang kepada adik Firdaus...