Sengaja saya meletakkan tajuk artikel sebegitu bersempena satu surah di dalam Al-Quran iaitu Surah Al-Aadiyat.

Rasulullah saw juga pernah bersabda menganjurkan umatnya berkuda selain memanah dan berenang. Kuda dalam bahasa Arab disebut sebagai 'faras', kuda jantan 'fahl' atau pada umumnya disebut juga sebagai al-khayl.


Didalam Al-Quran perkataan 'kuda' disebut sebanyak 5 kali.

Dalam Surah 79 dan Surah 100 disebut al-naziat, al-adiyat dimaksudkan sebagai 'kuda' sementara Surah 37 al-saffat, Surah 51 al-dhariyat dan Surah 77 al-mursalat dimaksudkan kepada kuda.


Sememangnya banyak rahsia yang tersirat di sebalik hadis Nabi saw yang menyarankan umatnya berkuda,memanah dan berenang.

Dalam satu hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim Rasulullah ada bersabda, yang bermaksud :


"Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah"



1) Berkuda





Sabda Rasulullah SAW : “Lemparkanlah (panah) dan tunggangilah (kuda).” (Riwayat Muslim)

Berkuda amat baik untuk kesihatan manusia. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, dari fizikal hingga mental akan mendapat manfaatnya.

Bentuk lekuk badan belakang kuda - tempat di tunggang- adalah baik untuk merawat segala masalah tulang belakang manusia.

Semasa pergerakan galloping iaitu cara rentak kuda melompat dan berlari, menyebabkan vetebra tulang belakang manusia bergesel antara satu sama lain dalam keadaan harmoni, dan meransang saraf-saraf tulang belakang, seolah-olah diurut, sedangkan pakar chiropraktik pun tidak mampu berbuat seperti gerakan natural tulang-tulang veterbra semasa orang menunggang kuda.

Seluruh anggota : tulang rangka, otot-otot, organ-organ viseral - termasuklah sistem penghadaman, sistem saraf, sistem voluntary mahupun involuntary, organ perkumuhan, malah geseran kepada organ-organ seksual akan teransang secara optimum untuk menjadi semakin sihat.

Penunggang kuda yang hebat selalunya bebas dari mengalami sakit belakang atau ’ter’gelumang dengan tabiat-tabiat seks yang di luar tabie.

Selain itu menunggang kuda turut mencerahkan mata sebab terdapat ransangan terhadap saraf kranial semasa gerakan ‘galloping’ kuda.



2) Memanah


Melatih emosi dan fizikal untuk meletakkan target pada sasaran. Memanah sangat menitik beratkan body balancing. Maka jika pemanah emosinya tertekan, maka panahan amat mudah tersasar.

Secara tidak langsung, sukan ini melatih manusia bertenang dan menstabilkan emosi.


Individu yang tidak tenang, gopoh, pemarah, kurang sabar atau kurang sihat mentalnya tidak akan menjadi pemanah yang baik.

Perbuatan melenturkan anak panah di busurnya, kemudian melepaskannya perlu satu kekuatan fizikal, sukan ini juga satu latihan holistik kepada diri seseorang dari segi fizikal dan mental.

Bersabda Rasulullah SAW,

"Kamu harus belajar memanah kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu.” (Riwayat Bazzar, dan Thabarani dengan sanad yang baik)


3) Berenang




Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan, selain meransang stamina (sistem kardiovaskular ).

Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.



*******************************************************************************

Kesimpulan yang boleh dibuat dari faedah aktiviti-aktiviti di atas ialah memberi kesihatan kepada tubuh badan kita dan meningkatkan daya fizikal dan mental kita.

Untuk apa kita disarankan supaya sentiasa berada dalam keadaan tubuh badan yang sihat dan kuat dari segi fizikal dan mental?

Justeru itu, terapi berenang dan terapi berkuda dikalangan kanak-kanak keperluan khas amat penting dan cukup berkesan.

p/s: bestnya kalau belajar memanah pulak kan... :)