Tanggal 8 Mei 2010, tercipta satu lembaran sejarah PPKI SK Taman Bunga Raya 1. Detik yang ditunggu-tunggu hampir setahun oleh semua warga PPKI khususnya dan semua warga SK Taman Bunga Raya 1 amnya kini di depan mata.Membuka lembaran baru di kalangan PPKI Hulu Selangor.
Tahniah.

Salah satu persembahan ketika majlis perasmian.
Persembahan syahdu daripada murid-murid PPKI yang telah menitiskan airmata para penonton. Diketuai oleh
Sri Suhailah dan Firdaus Ibrahim.


Pusat Sumber Mini PPKI , Taman Herba dan Tapak Urutan Refkelsologi terasmi sudah. Titik peluh yang tercurah, penat lelah dan pengorbanan masa, kini membuahkan hasil. Tersergam indah di depan mata apa yang selama ini diimpikan.

Biarpun keluasannya yang tidak seberapa namun kepuasan terbayang di mata semua warga PPKI yang selama ini berusaha semaksimum tenaga demi menjayakan projek besar ini. Terima kasih buat semua yang telah menyumbangkan tenaga, anak-anak pokok, idea dan wang ringgit. Terima kasih daun keladi. Kami warga PPKI tidak pernah lupa jasa dan budi baik yang telah dicurahkan sama ada secara langsung mahupun tidak Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.

Selamat datang ke Taman Herba PPKI.
Jutaan terima kasih kepada barisan pentadbir SK Taman Bunga Raya 1.
Kepada semua guru yang banyak membantu.
Tidak dilupakan kepada semua anak istimewa PPKI di atas segala bentuk sumbangan yang telah diberikan.
Dan sekalung tahniah kepada barisan guru dan Pembantu Pengurusan Murid PPKI yang ikhlas sepanjang menjalani liku-liku pembinaan Pusat Sumber Mini, Taman Herba dan Tapak Urutan Refleksologi ini.