PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SK TAMAN BUNGA RAYA 1, BUKIT BERUNTUNG, 48300 RAWANG,SELANGOR

Manisnya Sekolah Ku...

Pada 8hb Januari 2010 bersamaan hari sabtu, Panitia Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 telah menganjurkan program gotong royong di kawasan PPKI sekolah.

Objektif program ini adalah bertujuan membersihkan kawasan PPKI untuk memberikan persekitaran yang bersih dan positif terhadap anak-anak kesayangan sekolah. Selain itu juga program ini turut menyediakan tapak taman herba PPKI dan kawasan berkebun PPKI untuk kegunaan anak-anak kita.

Program ini telah mendapat sokongan padu dari Guru Besar dan pihak pentadbiran sekolah, Ibu Bapa, guru-guru PPKI, Pembantu Pengurusan Murid (PPM), guru-guru lepasan KPLI sekolah dan tidak ketinggalan anak-anak istimewa kita.

Photobucket

Aktiviti program bermula pada pukul 8.30 pagi dengan pembahagian tugas mengikut kumpulan. Antara pembahagian tugas tersebut adalah seperti:

  • Mengecat almari lama
Photobucket
  • Penyediaan tapak Taman Herba
Photobucket
  • Penyediaan kawasan berkebun PPKI sekolah
kawasan kebun
  • Mengecat bangku sekolah
Photobucket

Photobucket

Photobucket
  • Penyediaan anak pokok herba
Photobucket

Penanaman herba
  • Pembersihan stor PPKI
Photobucket

Photobucket
  • Penyusunan semula ruang santai PPKI
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Aktiviti program ini berlangsung dengan lancar dan mesra dan ia menjadi semakin manis apabila murid-murid yang terlibat dengan pemilihan bola sepak sekolah turut serta membersihkan kawasan PPKI setelah tamat proses pemilihan pasukan bola sepak tersebut.

Photobucket

Kesannya amat mendalam sekali kerana murid-murid sekolah telah dilatih untuk berintegrasi bersama-sama anak-anak istimewa kita tanpa rasa prejudis dan berjalan dengan mesra sekali.

PPKI sekolah telah berwajah baru dan segar, hasil daripada aktiviti program mesra ini.

Semoga hasil berkat doa semua pihak terutamanya anak-anak kesayangan kita ini; PPKI Sekolah kita akan terus cemerlang dalam memberi pendidikan dan kemahiran kepada anak-anak istimewa kita.

PENDIDIKAN UNTUK SEMUA

Model Gotong Royong PPKI 2010

Photobucket

Kembali ke sekolah

Photobucket

Align CenterSesi persekolahan Malaysia pada tahun 2010 akan bermula 4 hb Januari 2010. Guru-guru PPKI sudah pastinya merindui anak-anak istimewa ini dan tidak sabar untuk bertemu mesra dengan anak-anak istimewa.

Photobucket

Sebagai mengingatkan kembali tujuan murni untuk menjalankan tugas, marilah kita merenung kembali Falsafah Pendidikan Khas dan Matlamatnya.

Falsafah Pendidikan Khas

1.Menyediakan peluang yang sama kepada pelajar-pelajar khas seperti yang diberi kepada pelajar-pelajar biasa

2.Menyelaraskan sistem pendidikan untuk memenuhi matlamat negara melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih

Matlamat Pendidikan Khas

1.Menyuburkan keupayaan intelek, emosi, sosial dan jasmani kanak-kanak luar biasa

2.Memperkembangkan kecekapan ekonomi yang asas supaya kanak-kanak khas menjadi pekerja berguna dalam masyarakat

3.Mencegah sesuatu ketidakbolehan supaya tidak menjadi suatu kecacatan

4.Mengubah sikap negatif terhadap pembelajaran dengan mengembang atau memulihkan perasaan yakin diri di kalangan kanak-kanak khas

5.Mengeratkan kanak-kanak khas dengan masyarakat biasa supaya mereka dapat diterima oleh masyarakat

Photobucket

Syarat Kemasukan Sekolah Rendah Pendidikan Khas

Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia ialah:

berumur 6+ hingga 14+ tahun
• disahkan oleh pengamal perubatan
• dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain


Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma.

Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.

Klik sambil menyumbang... Tiada bayaran dikenakan keatas anda...

Terapi air...

Kenali daku

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUNGA RAYA 1
PERSIARAN BUNGA RAYA, BUKIT BERUNTUNG,
48300 RAWANG, SELANGOR

Followers

CARTA ORGANISASI PPKI SKTBR1

Klik sini...


ShoutMix chat widget