Bagi kanak-kanak dengan keperluan istimewa, bermain bukan sahaja menyeronokkan malah terapeutik.
Bermain adalah penting untuk kanakkanak, tetapi ia lebih penting bagi kanak-kanak dengan keperluan istimewa, iaitu untuk merangsang perkembangan dan pembelajaran mereka.

Pelbagai bahan mainan (seperti barang permainan, bahan seni) dan kaedah mainan digunakan dalam terapi bermain yang disediakan dan dipandu oleh ahli profesional terlatih. Di rumah, ibubapa digalakkan untuk menggunakan permainan sebagai medium membina perhubungan ibubapa-anak positif, dan menyokong anak dalam perkembangan penggunaan kosa kata dan kemahiran komunikasi, sosial dan penyelesaian masalah.
Mengapa Bermain?
ADHD – Kanak-kanak ADHD mempunyai daya tumpuan singkat, bersikap hiperaktif dan luar jangkaan. Gejala ini menyukarkan kanak-kanak memberi tumpuan dan menghabiskan sesuatu tugasan. Mereka sering mengalami kesukaran dalam menumpukan perhatian di dalam kelas dan bersosial dengan kanak-kanak lain yang sama usia.
Penglibatan dalam permainan dan aktiviti yang sesuai dapat membantu kanak-kanak ADHD mengembangkan penumpuan yang lebih baik, meningkatkan keyakinan diri dan belajar bersosial serta berinteraksi secara betul dengan kanak-kanak lain. Waktu bermain juga merupakan peluang untuk memumpuk perhubungan yang erat dan positif antara ibu bapa dengan anak; yang biasanya tegang disebabkan oleh simptom ADHD.
Autisme – Kanak-kanak autistik mempunyai kesukaran berinteraksi dengan kanak-kanak lain secara biasa. Mereka lebih gemar bermain sendiri, menjadi obses dengan objek dan berada dalam dunia sendiri. Mereka juga kurang berkemampuan membaca ekspresi emosi dan isyarat sosial, menyebabkan perkembangan komunikasi-sosial mereka terjejas.
Permainan yang menumpukan pada minat kanak-kanak serta menggalakkan interaksi boleh membantu memperbaiki kemahiran komunikasi dan antara peribadi mereka.
Serebral palsi – Ia adalah suatu keadaan semulajadi yang menjejaskan ton otot, pergerakan dan kemahiran motor, mengakibatkan kekakuan, kesukaran bergerak dan pergerakan tidak sengaja. Kanak-kanak serebral palsi akan mengalami suatu tahap ketidakbolehan fizikal tertentu. Mereka mengalami kesukaran melaksanakan tugasan mudah seperti berdiri tanpa bergerak atau memegang objek.
Walaupun mereka mungkin tidak bersedia untuk bermain, namun mereka perlu bermain untuk mengembangkan kemahiran motor kasar dan halus serta perkembangan deria mereka.
Jenis mainan dan alatan sesuai bagi kanak-kanak istimewa

Oleh Cik Woo Pei Jun, Pakar Psikologi Pekembangan
Sumber: http://www.mypositiveparenting.org/
Makluman kepada ibubapa/waris.
Terdapat 3 aktiviti utama yang akan dijalankan pada bulan April 2011 iaitu:
1. Kelas Kecemerlangan UPSR PPKI 2011
2. Aktiviti Ko-Kurikulum
3. Program terapi
1. KELAS KECEMERLANGAN UPSR PPKI 2011
Murid-murid yang terlibat adalah:
A. Kelas Tuna Dengar:
Muhammad Firdaus Bin Ibrahim
Nur Wahidah Bt Amran
Jadual Kelas Tambahan:
Hari Masa Matapelajaran Guru
Isnin 1.00 -2.00 pm Matematik Pn Susilawati (0133446845)
Selasa 1.00 -2.00 pm Bahasa Melayu Pn Susilawati (0133446845)
Khamis 1.00 -2.00 pm Bahasa Inggeris/Sains Pn Zaharatul Azma (0132844439)
B. Kelas Unit 1:
Muhammad Syazwan Bin Mohd Khalip
Muhammad Halil Bin Mohd Yunos
Jadual Kelas Tambahan:
Hari Masa Matapelajaran Guru
Isnin 12.30 - 1.30 pm Bahasa Melayu Pn Rosnizawati (0103349894)
Selasa 1.00 -2.00 pm Sains Pn Raziyah (0192387088)
Khamis 12.30 - 1.30 pm Bahasa Melayu Pn Rosnizawati (0103349894)
Sabtu 8.00 - 10.00 am Matematik En Mazrizal (0134584300)
Sabtu 10.30am - 12.30pm Bahasa Inggeris En Mazrizal (0134584300)
Sebarang pertanyaan lanjut, bolehlah menghubungi guru-guru yang berkenaan.
2. AKTIVITI KO-KURIKULUM
Semua murid PPKI yang berusia 10 tahun keatas DIWAJIBKAN menyertai dan mengikuti aktiviti ko-kurikulum PPKI yang akan diadakan pada:
Hari : Setiap hari rabu
Masa : 2.00 - 4.00 pm
Pihak ibubapa/waris/ dikehendaki menyediakan makanan atau wang saku untuk makan tengahari dan minum petang pada hari tersebut.
Pihak ibubapa/waris juga dikehendaki menyediakan pakaian yang sesuai iaitu pakaian uniform ataupun t-shirt Tunas Kadet Remaja sekolah (TKRS).
Pengangkutan pulang adalah tanggungjawab pihak ibubapa/waris.
3. PROGRAM TERAPI
Semua murid PPKI terlibat dalam aktiviti terapi mengikut persetujuan ibubapa/waris
Maklumat tentang aktiviti terapi akan dimaklumkan melalui buku komunikasi dari semasa ke semasa.
Aktiviti terapi yang akan dijalankan adalah terapi air, terapi boling dan terapi berkuda.
Ibubapa/waris dikehendaki menyediakan wang dan pakaian yang sesuai untuk melaksanakan aktiviti terapi ini.
Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi PPKI SKTBR1 di talian 0133836101.
Salam semua,
Dengan ini mengumumkan bahawa PPKI SK Taman Bunga Raya 1 sudah mempunyai akaun facebook.
http://www.facebook.com/pages/Program-Pendidikan-Khas-Integrasi-Sk-Taman-Bunga-Raya-1/121261441283361
Sebarang maklumat dan informasi akan disalurkan melalui blog ini dan facebook.
Terima kasih.
PENDIDIKAN KHAS
- Perkembangan mental
- Kestabilan emosi
- Integrasi sosial
- Sekolah Khas
- Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)
- Pemulihan Khas
- Program Disleksia
- Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)
- Masalah Pembelajaran
- Masalah Pendengaran
- Masalah Penglihatan
http://www.youtube.com/watch?v=Gc4HGQHgeFE&feature=player_embedded#
"If the world thinks you're not good enought, it's a lie, you know.
Get a second opinion." ~Nick Vujicic~
By the way, Nick Vujicic you're so cool dude! I wish your life will be happy forever. Kau lebih kuat dari Superman. And thanks, you make me think twice. I know how lucky my life is if compared to you. Kita semua pun patut ambik iktibar dari kisah dia ni.
Terapi Berkuda di
Taman Tasik Titiwangsa
Kami...
Kehilangan sebutir bintang yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada anak didik PPKI.
Yang telah memberikan pandangan dan idea dalam pelbagai perkara.
Biarpun tidak lagi di depan mata, namun ia masih terus tersemat di hati.
Empat tahun begitu pantas berlalu.
Dengan sekelip mata anak - anak didik PPKI kehilangan seorang ibu yang penyayang dan perihatin.
Cikgu Aju...
Kami relakan pemergianmu.
Doa kami mengiringimu.
Doakanlah kejayaan kami di sini.
Kami pasti akan merindui tangisan dan gelak tawa Anuar.
Semoga Cikgu Aju dan Anuar menemui sinar baru di destinasi yang baru.
Salam sayang daripada warga PPKI.
Dengan berbekalkan pengalaman tahun lepas, PPKI tidak kekok berhadapan dengan pengunjung yang ramai. Membungkus nasi lemak merupakan pengalaman yang amat menggembirakan.
( Cigku Wati & Cikgu Nurul )
Pelbagai cara membungkus nasi lemak. Walau bagaimanapun ia adalah sesuatu yang menggembirakan.
( Cikgu Rizal, Cikgu Azma & Cikgu Azilah )
Beginilah hebatnya warga PPKI.
Walaupun cuma ada 'seekor kumbang' sahaja tetapi merangkap pelaris
Gerai Nasi Lemak Panas.
Terima kasih kepada bekas tenaga pengajar PPKI yang sudi hadir bagi memeriahkan lagi
Hari Keusahawanan 2010.
( Cikgu Ina & Cikgu Leha )
Pengunjung bersesak - sesak di Gerai Nasi Lemak Panas.
Kelihatan warga PPKI sedang sibuk melayan tetamu yang hadir.

Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam.

Secara tidak langsung guru-guru telah melatih membina keyakinan diri murid-murid "water confidence". Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka.

Sepanjang pengalaman saya mengendalikan murid-murid pendidikan khas untuk menjalani terapi air ini, kebanyakkan murid ADHD dilihat tidak lagi berkelakuan aktif ketika berada di dalam air. Mereka kelihatan leka dan asyik bermain dengan objek-objek yang terapung di dalam air.
PENGENALAN
Pemilihan program terapi air bagi murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran menjalani aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal yang lain.
Program yang dirancang biasanya merupakan program awalan atau permulaan renang. Murid diajar berenang dan bermain air di dalam kolam yang cetek. Kawasan yang paling dalam di kolam tersebut berukuran kurang dari 1 meter.
OBJEKTIF
Aktiviti berenang dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid bermasalah pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air di samping dapat membentuk sikap kerjasama dengan rakan-rakan mereka.
Ia juga membolehkan murid-murid bermasalah pembelajaran memperolehi kemahiran renang sama seperti murid-murid normal. Selain itu, renang juga merupakan salah satu latihan terapi (Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid-murid PPKI ini.
DEFINISI DAN KONSEP
Terapi Air didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang, pergerakan dalam air lebih mudah dan bebas, serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan.

Imbangan dalam air bukanlah masalah utama. Oleh itu lebih banyak pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan individu dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku didapati tidak seperti lazimnya. Ini disebabkan oleh ransangan air secara semulajadi.
Walau bagaimanapun, murid-murid PPKI mungkin mengalami sedikit rasa takut dengan air. Di sinilah guru memainkan peranan membantu dalam membina keyakinan diri.
Hasilnya murid-murid akan dapat membina konsep diri yang positif melalui aktiviti terapi air ini. Melalui terapi air juga, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otot-otot dan jantung. Banyak aktiviti dan pergerakan yang tidak dapat dilakukan di darat dapat dipraktikkan di dalam air.
Dalam hubungan ini, terapi air dapat meneroka pergerakan-pergerakan yang boleh dilakukan oleh murid-murid PPKI ini. Bagi sesetengah murid, mereka didapati lebih berkeyakinan di air berbanding di darat.
Kejayaan sesuatu program pengajaran bergantung pada prosedur pengajaran yang jelas, sokongan dan garis panduan yang diberi. Walau bagaimanapun garis panduan adalah sama untuk semua, hanya penyesuaian dan modifikasi diperlukan terhadap individu berkeperluan yang unik ini.

KEPENTINGAN TERAPI AIR
Terapi Air merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untuk mengembalikan, memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi dan spiritual kepada keadaan yang lebih baik atau normal.
Antara kepentingan Terapi Air ini ialah:
i. Menghilangkan tekanan
ii. Keupayaan berkomunikasi
iii. Simulasi sistem otak
iv. Bina keyakinan diri
v. Kreativiti
vi. Kawalan diri
vii. Latihan ‘Social skill’
viii. Merangsang pertuturan
ix. Melatih sikap bekerjasama
x. Meningkatkan kesabaran
xi. Pengamatan
xii. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain
xiii. Latihan daya kepimpinan
xiv. Manipulasi tangan dan jari-jemari
xv. Daya konsentrasi
xvi. Pembentukan ‘body image’
xvii. Peningkatan ‘self-esteem’
PANDUAN KESELAMATAN
Sebelum menjayakan aktiviti renang untuk murid-murid PPKI ini, faktor yang paling penting dan perlu diambil kira adalah faktor keselamatan. Kita melihat faktor keselamatan ini dalam sudut ketidakupayaan fizikal dan tahap ketidakupayaan intelektual murid-murid tersebut.
i. Ketidakupayaan Fizikal
Guru hendaklah berada di dalam air dan bersedia untuk menerima murid ke dalam kolam. Semasa berada di dalam air hendaklah dalam kedudukan berdiri dengan kaki terbuka dan kepala berada di atas paras air.
Gunakan bahagian atas badan untuk mengawal imbangan dan sentiasa apungkan badan. Elakkan daripada menunjukkan perasaan bimbang kepada murid sewaktu berada di dalam air kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi bimbang dan takut.
Guru perlu sentiasa bercakap dan memberi galakkan kepada murid semasa mereka hendak masuk ke dalam air. ‘Eye Contact’ boleh membantu membina keyakinan murid. Latihan hendaklah dimulakan dengan memasuki kawasan sudut kolam yang cetek.
ii. Ketidakupayaan Intelektual
Ketidakupayaan intelek juga dialami oleh murid PPKI di mana tahap tumpuan yang singkat menyebabkan maklumat yang diberi tidak dapat disimpan dengan sempurna. Oleh itu, penjelasan guru perlulah ringkas dan tepat.
Ada murid-murid PPKI yang kurang persepsi kemahiran motor dan persepsi mengenai jarak atau kedalaman kolam renang. Maka persepsi yang tepat dan betul perlu disampaikan kepada mereka. Guru juga harus ingat bahawa murid-murid PPKI tidak mempunyai pencapaian kemahiran yang sama, namun pada satu keadaan atau ketika mereka mungkin boleh menguasainya.
AKTIVITI TERAPI AIR
i. Pendahuluan
• Memanaskan badan dan meregangkan otot.
ii. Isi Pelajaran
• Bermain-main di tepi air.
• Murid masuk ke dalam kolam dengan bantuan guru dengan cara yang betul
• Guru membantu murid mengadakan aktiviti-aktiviti ampungan.
• Melakukan aktiviti berjalan di dalam kolam dengan bantuan guru.
• Aktiviti renang dengan bantuan guru.
• Aktiviti renang bebas menggunakan bola dengan pemerhatian guru.
• Murid keluar daripada kolam dengan menggunakan kaedah tertentu.
iii. Penutup
• Aktiviti kelonggaran dan regangan tangan dan kaki.
• Mengemaskan dan membersihkan diri.
EN MAZRIZAL SUHAIRY B MOHD AKHIR
(CIKGU RIZAL)
Di kesempatan ini ingin dikalungkan jutaan terima kasih kerana sepanjang tahun ini banyak kejayaan yang telah kita kecapi bersama.
Berjayanya Majlis Perasmian Pusat Sumber Mini PPKI dan Tapak Refleksologi Taman Herba telah meninggalkan kesan yang begitu mendalam kepada semua terutama warga guru PPKI.
Justeru itu, sebagai menghargai penat lelah selama beberapa bulan , kami rakamkan wajah - wajah ceria ini di sekitar Tapak Refleksologi Taman Herba PPKI.
Di samping itu juga kita sering mengamalkan sikap bekerjasama dan bersatu hati. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Semoga amalan murni kita ini akan berterusan dan berkekalan.
Kita tepis semua tanggapan buruk yang diterima. Kita sepakat mengharungi cabaran yang tiba. Kita redho atas apa yang berlaku. Kita juga sepatutnya buang jauh-jauh andai ada sifat iri hati terhadap teman-teman.
Semua orang ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Kita jadikan kekuatan teman-teman sebagai pembakar semangat untuk terus bersaing. Jangan jadikan kelemahan teman-teman sebagai sumber ketidakpuasan hati. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk itu adalah sifat semulajadi manusia sendiri.
Semoga 2010 yang bakal pergi, pergi bersama kelemahan diri. 2011 yang bakal menjelma, membawa sinar baru dalam hidup kita.
Ingatlah...amanah yang diberikan kepada kita, besar nilainya di sana.
Ya Allah...Berkatilah rezeki kami. Semoga kami dapat menggunakannya ke jalan yang diredhoi.
Amin.
