PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SK TAMAN BUNGA RAYA 1, BUKIT BERUNTUNG, 48300 RAWANG,SELANGOR




Pada 21hb Jun 2010, bermulalah sesi persekolahan setelah bercuti selama hampir 2 minggu.
Sudah pasti murid-murid serta guru tidak sabar-sabar mahu kesekolah untuk ketemu rakan-rakan yang tersayang.

Tidak terkecuali anak-anak istimewa kita yang tidak sabar-sabar untuk kesekolah untuk berjumpa cikgu-cikgu. Belajar, bermain dan menceritakan pengalaman bercuti dengan kawan-kawan dan guru.

Photobucket

Cikgu-cikgu PPKI pula mesti tak sabar-sabar nak melihat dan mendengar keletah dan coleteh anak-anak istimewa ini.

PPM yang terdiri dari mama-mama pun dah tak sabar nak berjumpa semua. Masing-masing asyik merindu sesama sendiri.

Kepada semua....

"SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH"


Malam tadi rancangan "Desperate Housewife" cukup menyentuh nurani. Ia menceritakan tentang "kemungkinan" yang akan berlaku.




Watak seorang ibu yang sedang sarat mengandung telah menerima suatu perkhabaran buruk menyebabkan ia berasa sakit perut dan dikejarkan ke unit ICU.



Si ibu telah pengsan dan begitu risau kemungkinan beliau akan menerima seorang anak yang kelainan upaya.

Dalam keadaan tidak sedarkan diri, si ibu telah mengalami suatu mimpi ataupun berhalusinasi menerima seorang anak yang tidak sempurna separti anak yang lain.



Ketika anak masih kecil si ibu menghadapi dugaan yang baginya cukup hebat dalam membesarkan anaknya yang istimewa itu.

Dikala anaknya berumur 8-9 tahun, si anak meminta si ibu membuat sandwich, tetapi si ibu begitu letih dan meminta si anak istimewa ini membuatnya sendiri.

Si anak istimewa marah dan geram diatas keengganan si ibu lalu mengungkit tentang rakannya yang selalu diberi apa sahaja kemahuannya.

Si anak menuduh bahawa si ibu sengaja tidak mahu membuatkan sandwich untuknya kerana mungkin kesal mempunyai anak sepertinya.

Hati si ibu sedih sehinggakan tangannya menggigil.



Lalu si ibu menyatakan bahawa rakan sianaknya itu diberi segala kemahuannya kerana ia berkerusi roda sedangkan si anak hanya bertongkat sahaja dan berupaya untuk mencapai apa sahaja di dalam peti sejuk.

Si ibu juga menyatakan bahawa dia tidak dapat membuatkan sandwich sepanjang masa untuk anaknya kerana suatu hari nanti si ibu akan meninggal dunia dan pada ketika itu si anak mesti tahu menguruskan segala-galanya kerana si ibu sudah tiada disisinya.

Si anak merengus, berjalan dengan keadaan payah ke peti sejuk, membuka peti sejuk dengan kuat sebagai tanda memberontak. Mengambil roti dan salad dan diletakkan diatas meja dengan kuat.

Bunyi kuat menghentak piring ketika membuat sandwich amat mengguriskan hati si ibu.

Setelah selesai membuat sandwich, si anak memakan sandwich depan si ibu, dan si ibu menegur bahawa sandwich yang dibuat oleh si anak tadi cukup baik dan nampak lazat.



Si ibu meminta sedikit untuk merasa sandwich itu dan si anak mula tersenyum melihat reaksi si ibu.

Si anak sudah dewasa dan menerima ijazah dan diberi peluang membuat ucapan kerana terpilih sebagai pelajar cemerlang.



Si anak mulakan ucapan dengan kata-kata mathama gandhi yang bermaksud:

"kekuatan seseorang bukanlah datangnya dari kekuatan fizikal, tetapi semangat waja yang ada di dalam dirinya itu"

"Mungkin ibu saya tidak pernah mendengar tentang kata-kata Gandhi ini tetapi ibu saya telah menunjukkan kekuatan semangatnya kepada saya setiap hari sejak saya kecil sehingga kini"

"dan kini saya berdiri disini adalah kerana kekuatan semangat ibu saya"

Para hadirin berdiri memberikan tepukan paling gemuruh kerana ucapan si anak itu dan kelihatan si ibu begitu berbangga sekali dengan pencapaian si anaknya itu.

****************************************************************

Kisah ini benar-benar memberi semangat kepada saya.

Saya percaya ramai ibu-ibu diluar sana menghadapi cabaran yang hebat kerana dikurniakan anak istimewa.

Ini adalah kurniaan Allah kepada kita.



Apa jua dugaan dan cabarannya, kita kumpulkan semangat kita dikala kita sudah penat dan lesu.

Hanya semangat kitalah yang mencetuskan perkembangan positif anak-anak istimewa kita.

Insyaallah...

ISU-ISU HANGAT PPKI...

Sebagai cikgu pendidikan khas, banyak cabaran yang akan dihadapi sama ada dari dalaman mahupun luaran.

Faktor dalaman bermaksud dari persekitaran sekolah seperti anak murid khas, rakan-rakan guru mahupun pihak pentadbiran.

Manakala faktor luaran pula menjurus kepada persekitaran luaran yang meliputi ibubapa, orang awam, NGO dan sebagainya.

Menyedari berlakunya tekanan-tekanan ini, terdapat pihak yang telah cuba meringankan bebanan ini dengan mewujudkan laman Facebook Pendidikan khas. Tahniah diatas usaha ini.

Alhamdullilah, pihak kementerian juga sering memantau blog ini untuk mengetahui bebanan-bebanan cikgu pendidikan khas bagi penambahbaikan sistem yang sedia ada.

Buat rakan-rakan seperjuangan, sekiranya anda menghadapi jalan buntu, mahu mencari ilmu, berkongsi pengalaman, ataupun terdapat sebarang kemusykilan atau isu, silalah masuk ke laman facebook ini.

Insyaallah rakan-rakan diluar sana akan membantu anda termasuklah pegawai kementerian yang bertanggungjawab yang sentiasa berdialog di laman face book ini.

Dibawah ini diletakkan antara isu-isu yang ditimbulkan oleh rakan-rakan yang lain.

(sila klik dirajah dibawah untuk membesarkannya)













pssst: ada banyak lagi yang akan dipaparkan disini....:) selamat beramal....

TERIMA KASIH...


Apa yang penting.... KERJASAMA.
Ke kiri ke kanan. Ke depan ke belakang. Ke tengah ke tepi. Semangat sehati sejiwa kita teruskan sampai bila - bila. Apa - apa pun kita mampu mengubah impian menjadi realiti.
Terima kasih, semua.


Setahun sekali kita sambut Hari Guru.
Moh kita.... melaram habis, tunjuk bakat la sikit. Fotogenik...
Terima kasih, kak Yah.


Sebagai tanda terima kasih daripada Iman Aisyah kepada Cikgu Rizal. Sekarang dah pandai berkebun, tak takut lagi nak pijak Tapak Urutan Refleksologi dan dah tahu main Tingting.
Terima kasih, cikgu.



Warna - warni payung menambahkan lagi keceriaan persembahan cikgu - cikgu PPKI.
Terima kasih, Abang Mat.


Masing - masing berpeluh. Apa - apa pun berkat doa anak - anak PPKI akhirnya cikgu berjaya juga.
Terima kasih semua.



Sebelum acara rasmi bermula, kita meriahkan suasana pagi dengan bergambar dulu.
Terima kasih jurugambar.


rakaman video kawad kaki







Adik Firdaus Ibrahim telah mewakili pasukan kawad kaki TKRS sekolah di dalam Pertandingan Kawad Kaki sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Daerah Hulu Selangor 2010.

Adik Firdaus adalah salah seorang murid PPKI yang mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan.

Namun diatas komitmen beliau, adik Firdaus Ibrahim telah terpilih untuk menganggotai pasukan kawad kaki TKRS sekolah.

Beliau telah menjadi penanda kanan pasukan kawad kaki sekolah. Ini adalah kedudukan yang terpenting dalam pasukan kawad selepas Komandan Pasukan kawad Kaki.

Dalam Pertandingan Kawad Kaki sekolah-Sekolah Rendah Peringkat Daerah Hulu Selangor 2010 yang berlangsung pada 5hb Mei 2010, pasukan kawad TKRS Sekolah yang dianggotai oleh adik Firdaus telah berjaya menjadi Naib Johan Daerah.

Pasukan Pengakap Perempuan Sekolah telah berjaya menjadi Johan Daerah dan Komandan Perempuan Terbaik Daerah.

Pencapaian ini amat membanggakan pihak sekolah. Dan kejayaan adik Firdaus juga amat membanggakan seluruh warga PPKI sekolah.

Adik Firdaus berjaya membuktikan status sebagai murid PPKI tidak menghalang beliau untuk mencapai kejayaan bersama-sama murid-murid aliran perdana.

Tanniah adik Firdaus!!! Tanniah guru-guru PPKI!!!

Tanniah pihak pengurusan sekolah kerana memberi peluang kepada adik Firdaus...


PERSEMBAHAN GURU-GURU PPKI SKTBR1



asyik dok tengok kiri kanan, depan belakang sebab lupa step... hehhehehehehe...

awat tak lupanya, latihan cuma 1 jam setengah saja...

tapi betoi-betoi tak sangka...

dapat jadi

"JOHAN PERSEMBAHAN GURU"

SEMPENA MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU SKTBR1 2010


TAHNIAH BUAT SEMUA


TERIMA KASIH BUAT ABANG MAT KANTIN DIATAS SUMBANGAN PAYUNG

SMS HARI GURU...

Ini adalah sms kelakar yang dapat pagi tadi tentang Hari Guru 2010...

yang menghafal itu cikgu sejarah,

yang guna teori dan fakta,cikgu sains,

yang cakap berbunga itu cikgu sastera,

teratur ayatnya itu cikgu BM,

banyak kira dan formula itu cikgu matematik,

gelap kulitnya cikgu PJ,

sopan santun orangnya cikgu sivik,

pelik orangnya itu cikgu PS,

power cakapnya itu guru besar,

tak pernah marah itu cikgu kaunseling,

banyak tuisyennya itu cikgu BI,

banyak claimnya itu cikgu SBT,

banyak sabar itu cikgu pemulihan,

banyak nasihatnya itu ustaz ustazah,

banyak urut dada dan sapu minyak angin itu cikgu pendidikan khas,

walau siapa pun diri anda, SELAMAT HARI GURU 2010...

SEMOGA TERUS BERBAKTI... ALLAH MERAHMATI MU...:)

Klik sambil menyumbang... Tiada bayaran dikenakan keatas anda...

Terapi air...

Kenali daku

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUNGA RAYA 1
PERSIARAN BUNGA RAYA, BUKIT BERUNTUNG,
48300 RAWANG, SELANGOR

Followers

CARTA ORGANISASI PPKI SKTBR1

Klik sini...


ShoutMix chat widget