PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SK TAMAN BUNGA RAYA 1, BUKIT BERUNTUNG, 48300 RAWANG,SELANGOR

SAAT KAMI KEHILANGANMU...


Persiapan persembahan sempena
Majlis Perasmian PSS Mini


Program Gotong - royong PPKI


Menyiapkan Taman Herba dan Tapak Urutan Refleksologi


Berehat sebentar di Taman Tasik Titiwangsa


Persiapan Perbarisan PPKI sempena Temasya Sukan Tahunan


Latihan Kebakaran


Bergotong - royong menyiapkan Taman Herba dan Tapak Urutan Refleksologi


Selepas aktivti Senam Seni


Sehari Bersama Didik


Hari Komitmen


Lawatan Ilmu
Masjid Putrajaya


Sempena Hari Guru


Temasya Sukan Tahunan


Hari Keusahawanan


Bersama murid - murid Unit 1


Terapi Rekreasi di
Taman Tasik Titiwangsa


Terapi Berkuda di
Taman Tasik Titiwangsa

Kami...
Kehilangan sebutir bintang yang telah banyak mencurahkan ilmu kepada anak didik PPKI.
Yang telah memberikan pandangan dan idea dalam pelbagai perkara.
Biarpun tidak lagi di depan mata, namun ia masih terus tersemat di hati.
Empat tahun begitu pantas berlalu.
Dengan sekelip mata anak - anak didik PPKI kehilangan seorang ibu yang penyayang dan perihatin.
Cikgu Aju...
Kami relakan pemergianmu.
Doa kami mengiringimu.
Doakanlah kejayaan kami di sini.
Kami pasti akan merindui tangisan dan gelak tawa Anuar.
Semoga Cikgu Aju dan Anuar menemui sinar baru di destinasi yang baru.
Salam sayang daripada warga PPKI.

HARI KEUSAHAWANAN 2010

Setelah bertungkus - lumus menjual kupon, akhirnya hari yang ditunggu - tunggu berada di depan mata. PPKI sekali lagi diberi penghargaan untuk membuka gerai nasi lemak.


Dengan berbekalkan pengalaman tahun lepas, PPKI tidak kekok berhadapan dengan pengunjung yang ramai. Membungkus nasi lemak merupakan pengalaman yang amat menggembirakan.
( Cigku Wati & Cikgu Nurul )


Pelbagai cara membungkus nasi lemak. Walau bagaimanapun ia adalah sesuatu yang menggembirakan.
( Cikgu Rizal, Cikgu Azma & Cikgu Azilah )


Beginilah hebatnya warga PPKI.
Walaupun cuma ada 'seekor kumbang' sahaja tetapi merangkap pelaris
Gerai Nasi Lemak Panas.


Terima kasih kepada bekas tenaga pengajar PPKI yang sudi hadir bagi memeriahkan lagi
Hari Keusahawanan 2010.
( Cikgu Ina & Cikgu Leha )


Pengunjung bersesak - sesak di Gerai Nasi Lemak Panas.
Kelihatan warga PPKI sedang sibuk melayan tetamu yang hadir.


Beginilah keadaan cikgu - cikgu yang berada di dapur.
Memasak sambal dan nasi. Walau bagaimana pun tetap gembira.
( Cikgu Umi & Cikgu Ina )


Wajah cikgu - cikgu yang sentiasa ceria walaupun berada di dapur.
( Cikgu Ros, Cikgu Umi & Cikgu Aju )

Terapi Air di lihat sesuai untuk perkembangan fizikal kerana kombinasi pergerakan motor kasar dan halus serta mental murid dapat dirangsang secara serentak. Pergerakan dalam air didapati lebih mudah dan bebas serta tidak dibebani oleh keperluan alatan sokongan selain daya apungan air sahaja.



Rangsangan air yang secara semulajadi dapat membantu murid tenang walaupun pada permulaannya sesetengah murid akan berasa takut untuk masuk ke dalam air. Perkara ini dapat diatasi dengan membawa murid ke kawasan cetek sebelum berpindah ke kawasan yang lebih dalam.



Secara tidak langsung guru-guru telah melatih membina keyakinan diri murid-murid "water confidence". Melalui terapi seumpama ini, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal dengan aktiviti-aktivi seperti regangan seterusnya melembutkan sendi dan meningkatkan daya ketahanan jantung dan otot-otot rangka.



Sepanjang pengalaman saya mengendalikan murid-murid pendidikan khas untuk menjalani terapi air ini, kebanyakkan murid ADHD dilihat tidak lagi berkelakuan aktif ketika berada di dalam air. Mereka kelihatan leka dan asyik bermain dengan objek-objek yang terapung di dalam air.

PENGENALAN

Pemilihan program terapi air bagi murid-murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) adalah bagi memberi peluang kepada murid-murid bermasalah pembelajaran menjalani aktiviti dan program yang sama seperti murid-murid normal yang lain.

Program yang dirancang biasanya merupakan program awalan atau permulaan renang. Murid diajar berenang dan bermain air di dalam kolam yang cetek. Kawasan yang paling dalam di kolam tersebut berukuran kurang dari 1 meter.

OBJEKTIF

Aktiviti berenang dapat memberi keseronokan dan menggembirakan murid-murid bermasalah pembelajaran ketika berada di dalam kolam atau air di samping dapat membentuk sikap kerjasama dengan rakan-rakan mereka.

Ia juga membolehkan murid-murid bermasalah pembelajaran memperolehi kemahiran renang sama seperti murid-murid normal. Selain itu, renang juga merupakan salah satu latihan terapi (Hidroterapi/Terapi Air) bagi murid-murid PPKI ini.

DEFINISI DAN KONSEP

Terapi Air didapati sesuai untuk perkembangan fizikal dan pergerakan motor kasar dan motor halus serta mental murid-murid berkeperluan khas di mana segala otot-otot dan otak mereka dapat dirangsang, pergerakan dalam air lebih mudah dan bebas, serta tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan.



Imbangan dalam air bukanlah masalah utama. Oleh itu lebih banyak pergerakan dapat dilakukan dan daya penumpuan individu dapat dipertingkatkan dan masalah tingkahlaku didapati tidak seperti lazimnya. Ini disebabkan oleh ransangan air secara semulajadi.

Walau bagaimanapun, murid-murid PPKI mungkin mengalami sedikit rasa takut dengan air. Di sinilah guru memainkan peranan membantu dalam membina keyakinan diri.

Hasilnya murid-murid akan dapat membina konsep diri yang positif melalui aktiviti terapi air ini. Melalui terapi air juga, ianya dapat memantapkan perkembangan fizikal melalui pelbagai aktiviti seperti regangan, melembutkan sendi-sendi, meningkatkan daya ketahanan otot-otot dan jantung. Banyak aktiviti dan pergerakan yang tidak dapat dilakukan di darat dapat dipraktikkan di dalam air.

Dalam hubungan ini, terapi air dapat meneroka pergerakan-pergerakan yang boleh dilakukan oleh murid-murid PPKI ini. Bagi sesetengah murid, mereka didapati lebih berkeyakinan di air berbanding di darat.

Kejayaan sesuatu program pengajaran bergantung pada prosedur pengajaran yang jelas, sokongan dan garis panduan yang diberi. Walau bagaimanapun garis panduan adalah sama untuk semua, hanya penyesuaian dan modifikasi diperlukan terhadap individu berkeperluan yang unik ini.



KEPENTINGAN TERAPI AIR

Terapi Air merupakan suatu bidang yang agak luas bertujuan untuk mengembalikan, memelihara dan memulih keadaan emosi, fizikal, psikologi dan spiritual kepada keadaan yang lebih baik atau normal.

Antara kepentingan Terapi Air ini ialah:

i. Menghilangkan tekanan
ii. Keupayaan berkomunikasi
iii. Simulasi sistem otak
iv. Bina keyakinan diri
v. Kreativiti
vi. Kawalan diri
vii. Latihan ‘Social skill’
viii. Merangsang pertuturan
ix. Melatih sikap bekerjasama
x. Meningkatkan kesabaran
xi. Pengamatan
xii. Latihan koordinasi badan dan anggota badan yang lain
xiii. Latihan daya kepimpinan
xiv. Manipulasi tangan dan jari-jemari
xv. Daya konsentrasi
xvi. Pembentukan ‘body image’
xvii. Peningkatan ‘self-esteem’

PANDUAN KESELAMATAN

Sebelum menjayakan aktiviti renang untuk murid-murid PPKI ini, faktor yang paling penting dan perlu diambil kira adalah faktor keselamatan. Kita melihat faktor keselamatan ini dalam sudut ketidakupayaan fizikal dan tahap ketidakupayaan intelektual murid-murid tersebut.

i. Ketidakupayaan Fizikal

Guru hendaklah berada di dalam air dan bersedia untuk menerima murid ke dalam kolam. Semasa berada di dalam air hendaklah dalam kedudukan berdiri dengan kaki terbuka dan kepala berada di atas paras air.

Gunakan bahagian atas badan untuk mengawal imbangan dan sentiasa apungkan badan. Elakkan daripada menunjukkan perasaan bimbang kepada murid sewaktu berada di dalam air kerana ini boleh menyebabkan mereka menjadi bimbang dan takut.

Guru perlu sentiasa bercakap dan memberi galakkan kepada murid semasa mereka hendak masuk ke dalam air. ‘Eye Contact’ boleh membantu membina keyakinan murid. Latihan hendaklah dimulakan dengan memasuki kawasan sudut kolam yang cetek.

ii. Ketidakupayaan Intelektual

Ketidakupayaan intelek juga dialami oleh murid PPKI di mana tahap tumpuan yang singkat menyebabkan maklumat yang diberi tidak dapat disimpan dengan sempurna. Oleh itu, penjelasan guru perlulah ringkas dan tepat.

Ada murid-murid PPKI yang kurang persepsi kemahiran motor dan persepsi mengenai jarak atau kedalaman kolam renang. Maka persepsi yang tepat dan betul perlu disampaikan kepada mereka. Guru juga harus ingat bahawa murid-murid PPKI tidak mempunyai pencapaian kemahiran yang sama, namun pada satu keadaan atau ketika mereka mungkin boleh menguasainya.

AKTIVITI TERAPI AIR

i. Pendahuluan

• Memanaskan badan dan meregangkan otot.

ii. Isi Pelajaran

• Bermain-main di tepi air.
• Murid masuk ke dalam kolam dengan bantuan guru dengan cara yang betul
• Guru membantu murid mengadakan aktiviti-aktiviti ampungan.
• Melakukan aktiviti berjalan di dalam kolam dengan bantuan guru.
• Aktiviti renang dengan bantuan guru.
• Aktiviti renang bebas menggunakan bola dengan pemerhatian guru.
• Murid keluar daripada kolam dengan menggunakan kaedah tertentu.

iii. Penutup

• Aktiviti kelonggaran dan regangan tangan dan kaki.
• Mengemaskan dan membersihkan diri.

WAJAH-WAJAH CERIA PPKI...


PN FAUZIAH BT AMRAN
GPK PENDIDIKAN KHAS
(CIKGU YAH)


PN AZILAH BT HARON
(CIKGU ILAH)


PN CIK SUSILAWATI BT MUHAMMAD
(CIKGU SU)


PN ROSNIZAWAT BT RAHMAT
(CIKGU ROS)


PN RAZIYAH BT ALI
PENYELARAS PPKI
(GIKGU GEE)


PN WAN NURULHAFIZA BT WAN MAHMUD
(CIKGU NURUL)


PN NORWATI BT HASIM @ YAHYA
(CIKGU ATUTI)


PN UMI KALTHUM BT KALMI
(CIKGU UMI)


PN AZLINA BT MUHAMAD AZHAR
(CIKGU INA)


EN MAZRIZAL SUHAIRY B MOHD AKHIR
(CIKGU RIZAL)

Salam ceria buat warga guru Program Pendidikan Khas Integrasi SK Taman Bunga Raya 1.
Di kesempatan ini ingin dikalungkan jutaan terima kasih kerana sepanjang tahun ini banyak kejayaan yang telah kita kecapi bersama.

Berjayanya Majlis Perasmian Pusat Sumber Mini PPKI dan Tapak Refleksologi Taman Herba telah meninggalkan kesan yang begitu mendalam kepada semua terutama warga guru PPKI.
Justeru itu, sebagai menghargai penat lelah selama beberapa bulan , kami rakamkan wajah - wajah ceria ini di sekitar Tapak Refleksologi Taman Herba PPKI.

Di samping itu juga kita sering mengamalkan sikap bekerjasama dan bersatu hati. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Semoga amalan murni kita ini akan berterusan dan berkekalan.
Kita tepis semua tanggapan buruk yang diterima. Kita sepakat mengharungi cabaran yang tiba. Kita redho atas apa yang berlaku. Kita juga sepatutnya buang jauh-jauh andai ada sifat iri hati terhadap teman-teman.
Semua orang ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Kita jadikan kekuatan teman-teman sebagai pembakar semangat untuk terus bersaing. Jangan jadikan kelemahan teman-teman sebagai sumber ketidakpuasan hati. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah SWT dan yang buruk itu adalah sifat semulajadi manusia sendiri.

Semoga 2010 yang bakal pergi, pergi bersama kelemahan diri. 2011 yang bakal menjelma, membawa sinar baru dalam hidup kita.

Ingatlah...amanah yang diberikan kepada kita, besar nilainya di sana.
Ya Allah...Berkatilah rezeki kami. Semoga kami dapat menggunakannya ke jalan yang diredhoi.
Amin.

PELBAGAI GAYA MURID PPKI KETIKA PKSR2

Pada 19hb Oktober 2010 bersamaan hari selasa, telah bermulanya Penilaian Kemajuan Sekolah Rendah 2 (PKSR2) di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 dan tidak terkecuali murid-murid PPKI.

Peperiksaan ini akan berakhir pada 25hb Oktober 2010 iaitu isnin yang akan datang.

Pelbagai ragam murid-murid PPKI yang telah dirakam oleh lensa Cikgu Azlina Azhar... :)




Murid Unit 1 begitu tekun sekali. tidak pandang kiri dan kanan walaupun ketika gambar ini dirakam.


Aqilah berusaha nak habiskan menjawab soalan peperiksaan.


Adik Hasif menjawab soalan di Taman Herba PPKI bagi mencari ilham...:)




Ini Murid Unit 3 yang sedang bertungkus lumus menjawab soalan peperiksaan... :)



Vincent!!! Bila nak siap nih... makan dah 3 kali dah tapi tak siap menjawab lagi ni... :)



Punyalah tension adik Anuar nih sampai menguap....



Ini adik Aliff. Tekunnya menjawab soalan sehingga tertidur. Mungkin dapat jawapan dalam mimpi kot... hehhehehehe....


Buaya warna apa ek? susahnya soalan nih!!!! kata adik Yusra dalam hatinya.... :)



P/S: Semoga berjaya buat murid-murid PPKI yang cikgu sayangi.... Esok jawab soalan baik-baik. Doa cikgu bersama kamu... aminnn...




Terima kasih kepada Cikgu Zaleha kerana sudi memeriahkan lagi majlis ini.
Pink Colour gitu...



Waduh.... Sedap sehingga menjilat sudu. Licin.... Terima kasih kerana menerima undangan Kak Ina dan Kak Ogee ye... Pinggan siapa ni ye....



Di kesempatan ini juga diselitkan majlis ulangtahun kelahiran Cikgu Umi dan Mama Mimah. Yang ke berapa ye....



Kenyang rasanya bila tengok kawan-kawan berselera dengan juadah yang tak seberapa ni...



Terima kasih, Kak Yah dapat hadir makan bersama-sama kami. Lain kali kita datang lagi ye...

Akhir kata, Kak Ina dan Kak Ogee ingin mengucapkan jutaan terima kasih kerana kawan-kawan sudi menerima undangan kami yang tak seberapa ni. Terima kasih kerana PPM juga hadir walaupun terpaksa berjumpa dengan masa. Maklumlah...pukul 2.00 petang nak masuk kerja semula.
Terima Kasih daun Keladi.

Klik sambil menyumbang... Tiada bayaran dikenakan keatas anda...

Terapi air...

Kenali daku

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUNGA RAYA 1
PERSIARAN BUNGA RAYA, BUKIT BERUNTUNG,
48300 RAWANG, SELANGOR

Followers

CARTA ORGANISASI PPKI SKTBR1

Klik sini...


ShoutMix chat widget