PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SK TAMAN BUNGA RAYA 1, BUKIT BERUNTUNG, 48300 RAWANG,SELANGOR




Pada 21hb Jun 2010, bermulalah sesi persekolahan setelah bercuti selama hampir 2 minggu.
Sudah pasti murid-murid serta guru tidak sabar-sabar mahu kesekolah untuk ketemu rakan-rakan yang tersayang.

Tidak terkecuali anak-anak istimewa kita yang tidak sabar-sabar untuk kesekolah untuk berjumpa cikgu-cikgu. Belajar, bermain dan menceritakan pengalaman bercuti dengan kawan-kawan dan guru.

Photobucket

Cikgu-cikgu PPKI pula mesti tak sabar-sabar nak melihat dan mendengar keletah dan coleteh anak-anak istimewa ini.

PPM yang terdiri dari mama-mama pun dah tak sabar nak berjumpa semua. Masing-masing asyik merindu sesama sendiri.

Kepada semua....

"SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH"


Malam tadi rancangan "Desperate Housewife" cukup menyentuh nurani. Ia menceritakan tentang "kemungkinan" yang akan berlaku.




Watak seorang ibu yang sedang sarat mengandung telah menerima suatu perkhabaran buruk menyebabkan ia berasa sakit perut dan dikejarkan ke unit ICU.



Si ibu telah pengsan dan begitu risau kemungkinan beliau akan menerima seorang anak yang kelainan upaya.

Dalam keadaan tidak sedarkan diri, si ibu telah mengalami suatu mimpi ataupun berhalusinasi menerima seorang anak yang tidak sempurna separti anak yang lain.



Ketika anak masih kecil si ibu menghadapi dugaan yang baginya cukup hebat dalam membesarkan anaknya yang istimewa itu.

Dikala anaknya berumur 8-9 tahun, si anak meminta si ibu membuat sandwich, tetapi si ibu begitu letih dan meminta si anak istimewa ini membuatnya sendiri.

Si anak istimewa marah dan geram diatas keengganan si ibu lalu mengungkit tentang rakannya yang selalu diberi apa sahaja kemahuannya.

Si anak menuduh bahawa si ibu sengaja tidak mahu membuatkan sandwich untuknya kerana mungkin kesal mempunyai anak sepertinya.

Hati si ibu sedih sehinggakan tangannya menggigil.



Lalu si ibu menyatakan bahawa rakan sianaknya itu diberi segala kemahuannya kerana ia berkerusi roda sedangkan si anak hanya bertongkat sahaja dan berupaya untuk mencapai apa sahaja di dalam peti sejuk.

Si ibu juga menyatakan bahawa dia tidak dapat membuatkan sandwich sepanjang masa untuk anaknya kerana suatu hari nanti si ibu akan meninggal dunia dan pada ketika itu si anak mesti tahu menguruskan segala-galanya kerana si ibu sudah tiada disisinya.

Si anak merengus, berjalan dengan keadaan payah ke peti sejuk, membuka peti sejuk dengan kuat sebagai tanda memberontak. Mengambil roti dan salad dan diletakkan diatas meja dengan kuat.

Bunyi kuat menghentak piring ketika membuat sandwich amat mengguriskan hati si ibu.

Setelah selesai membuat sandwich, si anak memakan sandwich depan si ibu, dan si ibu menegur bahawa sandwich yang dibuat oleh si anak tadi cukup baik dan nampak lazat.



Si ibu meminta sedikit untuk merasa sandwich itu dan si anak mula tersenyum melihat reaksi si ibu.

Si anak sudah dewasa dan menerima ijazah dan diberi peluang membuat ucapan kerana terpilih sebagai pelajar cemerlang.



Si anak mulakan ucapan dengan kata-kata mathama gandhi yang bermaksud:

"kekuatan seseorang bukanlah datangnya dari kekuatan fizikal, tetapi semangat waja yang ada di dalam dirinya itu"

"Mungkin ibu saya tidak pernah mendengar tentang kata-kata Gandhi ini tetapi ibu saya telah menunjukkan kekuatan semangatnya kepada saya setiap hari sejak saya kecil sehingga kini"

"dan kini saya berdiri disini adalah kerana kekuatan semangat ibu saya"

Para hadirin berdiri memberikan tepukan paling gemuruh kerana ucapan si anak itu dan kelihatan si ibu begitu berbangga sekali dengan pencapaian si anaknya itu.

****************************************************************

Kisah ini benar-benar memberi semangat kepada saya.

Saya percaya ramai ibu-ibu diluar sana menghadapi cabaran yang hebat kerana dikurniakan anak istimewa.

Ini adalah kurniaan Allah kepada kita.



Apa jua dugaan dan cabarannya, kita kumpulkan semangat kita dikala kita sudah penat dan lesu.

Hanya semangat kitalah yang mencetuskan perkembangan positif anak-anak istimewa kita.

Insyaallah...

Klik sambil menyumbang... Tiada bayaran dikenakan keatas anda...

Terapi air...

Kenali daku

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUNGA RAYA 1
PERSIARAN BUNGA RAYA, BUKIT BERUNTUNG,
48300 RAWANG, SELANGOR

Followers

CARTA ORGANISASI PPKI SKTBR1

Klik sini...


ShoutMix chat widget