PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SK TAMAN BUNGA RAYA 1, BUKIT BERUNTUNG, 48300 RAWANG,SELANGOR

KAU PERGI JUA....

KENANGAN TERINDAH BERSAMAMU....

Sungguh indah Kesumba Sari
Bunga kertas hiasi balkoni
Rustazah Salwa Hasan Basri
Mantan penyelaras yang amat disegani



Sudah menjadi resam duniawi, setelah tiada di depan mata barulah segala indah belaka. Terkenang semula saat-saat bersama. Mengertilah bahawa kami tidak pernah lupa walau seketika jasa dan penat lelahmu membentuk dan mendidik anak-anak istimewa ini. Tidak pernah berkira tenaga mahupun apa yang telah kau belanja.



Masih terngiang di telinga kami hilai tawamu. Kadang-kala bisa memecah hening pagi. Biar apapun yang kami kata, kau senyum sahaja kerana itulah senjatamu yang paling berharga. Kelembutan tutur katamu bisa menggoda setiap pendengarnya. Setiap kali kami kau tegur, tidak pernah kau selindungkan. Kami tahu, kau sememangnya seorang yang berterus terang. Biar apapun yang kami bantah tidak sedikit pun kau simpan di hati.


Salwa,
Kau harungi setiap cabaran yang datang. Kau tempuhi setiap halangan yang terbentang. Sebagai teman, kami tahu kau tabah. Kau tak pernah kalah. Bagimu itulah cabaran hidup. Dek kerana itu kau 'popular' di kalangan anak-anak didik kita. Biar pun kau telah pergi meninggalkan mereka, namun sekali sekala terbabas juga...'ASSALAMUALAIKUM, CIKGU SALWA'. Betapa kau masih terpahat di hati . Semoga terselit namamu di setiap doa mereka. Amin!



Mengertilah,
Kami masih merinduimu. Biarpun kita jarang bersua. Walaupun kita tidak berutus suara. Tetapi, ini tidak bermakna kami lupa. Kekangan masa, membataskan kita berkata-kata. Masakan insan yang selama ini kami kagumi akan terpinggir dari ingatan. Tidak mungkin kami lupa diri. Tidak mengenang budi.



Cikgu Salwa,
Masihkah kau ingat anak-anak didikmu di sini? Apakah mereka masih kau rindui? Biarpun tidak dapat diluahkan melalui kata-kata, siapa tahu tersemat rasa sedih di hati mereka. Mungkin jua ada yang mencari-cari. Tapi apakan daya mereka tidak dapat berkomunikasi. Mereka hanya mampu berlari. Mungkin ini caranya meluahkan isi hati.
Cikgu Salwa,
'KAMI ANAK-ANAK DIDIKMU INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH, HALALKAN SEGALA ILMU YANG KAU BERI, DOAKAN KESEJAHTERAAN KAMI, KAMI SAYANG CIKGU SALWA, KAMI RINDU CIKGU SALWA, KEMBALILAH KEPADA KAMI, BIARPUN KAMI TAHU CIKGU TAK MUNGKIN DATANG LAGI....'

Program Terapi Berkuda diadakan sekali setiap bulan di Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Penyelaras program ini ialah Pn Norwati bt Hassim. Disertai oleh semua murid, guru dan Pembantu Pengurusan Murid.

Iman Aisyah bt Ismail merupakan murid kategori Autisme berumur 11 tahun.
Setiap murid akan berpeluang menunggang kuda secara solo dengan dipantau oleh kakitangan DBKL.


Setiap kali menaiki kereta kuda, murid akan ditemani oleh seorang guru atau Pembantu Pengurusan Murid. Ini supaya murid akan sentiasa berada di dalam keadaan selamat.

SEGMEN BAKAT TERPENDAM....


Ini Firdaus. Dia murid Tuna Dengar. Firdaus ni bukan setakat pandai menyelam tetapi aktif dalam sukan olahraga. Teruskan usaha, pasti jaya.

Ini Aliff Firdaus. Dapat anugerah Perenang Bersopan. Tengok la tu, bersila dalam kolam. Untung bakal ibu mertua. Dapat menantu bersopan-santun orangnya.


Ini Anuar. Kalau dulu Anuar sambil menyelam minum air. Tapi sekarang dah ok. Tak minum air
lagi. Menyelam je... Tahniah buat Anuar.

Siapa tak kenal Fahmy. Sebut je berenang, Fahmy mesti datang. Sanggup buat apa saja kalau tak dapat pergi berenang. Fahmy mesti boleh...


penat ke? tak pe... redho je


sama-sama mengecat laluan 'jejak bertapak'


ini kawasan angkat ckg azma


ini kawasan angkat ckg nurul, ckg wati dan ckg ros



ini kawasan angkat ckg gee

Projek terbesar PPKI SKTBR1

Salam mesra semua...

Sudah lama blog ini tidak update. Semuanya asyik bertungkus lumus menyiapkan projek-projek penting PPKI sekolah. Antaranya:

1. Majlis Perasmian Pusat Sumber Mini PPKI SKTBR1 pada 8 Mei 2010

2. Persembahan murid dan guru di Majlis Perasmian Pusat Sumber Mini PPKI.

3. Projek-projek pembangunan Taman Herba PPKI yang merangkumi
a. kawasan refleksologi
b.Taman Rekreasi Mini
c. Pameran Mini

4. Lawatan Muhibbah PPKI SK Kuala Kubu Bharu ke PPKI SKTBR1 pada 5 Mei 2010

5. Terapi Berkuda di Pusat berkuda DBKL, Taman Tasik Titiwangsa pada 29 Mei 2010.

Kepada semua murid PPKI, guru dan Pembantu Pengurusan Murid, teruskan usaha anda!

USAHA PASTI JAYA....
APA YANG PENTING...KERJASAMA!


Perasmian Pusat Sumber Mini PPKI Sek Keb Taman Bunga Raya dah dekat. Tak lama lagi dalam bulan April 2010.

Cikgu-cikgu PPKI, PPM dan murid-murid begitu sibuk sekali.

Pusat Sumber Mini sudah boleh digunakan bahkan sudah terdapat beberapa murid-murid aliran perdana yang turun ke PPKI dan membaca buku-buku dalam Pusat Sumber Mini PPKI.

"Hasif", murid PPKI asyik sibuk menegur kakak-kakak aliran perdana yang dok membaca buku di pusat sumber mini PPKI.

"baca buku apa tu?" soal hasif berulang-ulang kali kepada murid-murid aliran perdana yang sedang membaca buku di pusat sumber mini PPKI.

Cikgu-cikgu pulak bersemangat nak menghias kawasan tanaman herba yang telah dijadikan kawasan angkat.

Ada yang sibuk mengecat, mencabut rumput, menanam pokok-pokok baru, membuat lakaran untuk mencantikkan lagi kawasan angkat masing-masing.

Terima kasih kepada pihak kantin sekolah kerana sudi membekalkan air beras dan air ikan untuk dijadikan baja di taman herba.

Dengan bantuan En Didik, berjaya juga kawasan refelsologi tuh siap semalam.





Nanti kita cat sama-sama yer cikgu-cikgu PPKI SKTBR1 isnin nih yer... :)

Jumpa lagi....

Klik sambil menyumbang... Tiada bayaran dikenakan keatas anda...

Terapi air...

Kenali daku

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUNGA RAYA 1
PERSIARAN BUNGA RAYA, BUKIT BERUNTUNG,
48300 RAWANG, SELANGOR

Followers

CARTA ORGANISASI PPKI SKTBR1

Klik sini...


ShoutMix chat widget