KENANGAN TERINDAH BERSAMAMU....
Sungguh indah Kesumba Sari
Bunga kertas hiasi balkoni
Rustazah Salwa Hasan Basri
Mantan penyelaras yang amat disegani
Sudah menjadi resam duniawi, setelah tiada di depan mata barulah segala indah belaka. Terkenang semula saat-saat bersama. Mengertilah bahawa kami tidak pernah lupa walau seketika jasa dan penat lelahmu membentuk dan mendidik anak-anak istimewa ini. Tidak pernah berkira tenaga mahupun apa yang telah kau belanja.
Masih terngiang di telinga kami hilai tawamu. Kadang-kala bisa memecah hening pagi. Biar apapun yang kami kata, kau senyum sahaja kerana itulah senjatamu yang paling berharga. Kelembutan tutur katamu bisa menggoda setiap pendengarnya. Setiap kali kami kau tegur, tidak pernah kau selindungkan. Kami tahu, kau sememangnya seorang yang berterus terang. Biar apapun yang kami bantah tidak sedikit pun kau simpan di hati.

Salwa,
Kau harungi setiap cabaran yang datang. Kau tempuhi setiap halangan yang terbentang. Sebagai teman, kami tahu kau tabah. Kau tak pernah kalah. Bagimu itulah cabaran hidup. Dek kerana itu kau 'popular' di kalangan anak-anak didik kita. Biar pun kau telah pergi meninggalkan mereka, namun sekali sekala terbabas juga...'ASSALAMUALAIKUM, CIKGU SALWA'. Betapa kau masih terpahat di hati . Semoga terselit namamu di setiap doa mereka. Amin!
Mengertilah,
Kami masih merinduimu. Biarpun kita jarang bersua. Walaupun kita tidak berutus suara. Tetapi, ini tidak bermakna kami lupa. Kekangan masa, membataskan kita berkata-kata. Masakan insan yang selama ini kami kagumi akan terpinggir dari ingatan. Tidak mungkin kami lupa diri. Tidak mengenang budi.
Cikgu Salwa,
Masihkah kau ingat anak-anak didikmu di sini? Apakah mereka masih kau rindui? Biarpun tidak dapat diluahkan melalui kata-kata, siapa tahu tersemat rasa sedih di hati mereka. Mungkin jua ada yang mencari-cari. Tapi apakan daya mereka tidak dapat berkomunikasi. Mereka hanya mampu berlari. Mungkin ini caranya meluahkan isi hati.
Cikgu Salwa,
'KAMI ANAK-ANAK DIDIKMU INGIN MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH, HALALKAN SEGALA ILMU YANG KAU BERI, DOAKAN KESEJAHTERAAN KAMI, KAMI SAYANG CIKGU SALWA, KAMI RINDU CIKGU SALWA, KEMBALILAH KEPADA KAMI, BIARPUN KAMI TAHU CIKGU TAK MUNGKIN DATANG LAGI....'