Sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-53, PPKI sekolah telah sepakat untuk membuat lukisan dinding Jalur Gemilang.

Lukisan Jalur Gemilang telah dilukis oleh Cikgu Azma dan Cikgu Susilawati. Manakala lukisan Jalur Gemilang ini akan diwarnakan oleh murid-murid PPKI dari Unit 1, Unit 2 dan Unit Tuna Dengar.

Proses mewarna telah dipantau oleh semua guru PPKI secara giliran dan alhamdullilah, lukisan Jalur Gemilang ini selesai setelah memakan masa selama 3 hari.

Tahniah buat semua warga PPKI SKTBR1....

Adik-adik khusyuk mengecat jalur gemilang di dinding sekolah


Cikgu Raziyah sedang memberi tunjuk ajar...




Adik Halil memang berbakat dalam seni lukis...


P/S: Cikgu Rizal, adakah Jalur Gemilang di PPKI yang terpanjang di sekolah?