PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SK TAMAN BUNGA RAYA 1, BUKIT BERUNTUNG, 48300 RAWANG,SELANGOR

Pencapaian Murid

PENCAPAIAN PERINGKAT KEBANGSAAN


A.MAJLIS TILAWAH AL QURAN PENDIDIKAN KHAS DI UUM SINTOK, KEDAH PADA 22-25 /06/09


1. Sri Suhailah bt Mohamad Safari
Pencapaian : Saguhati RM 30.00

2. Guru Pengiring/Jurulatih
Pn. Rustazah Salwa bt Hasan Basri


B.PERTANDINGAN TENPIN BOLING DI ENDAH PARADE, K.LUMPUR PADA 19 – 22/ 10 /09

1. Nur Wahidah bt Amran
Pencapaian : Sijil Penyertaan

2. Guru Pengiring
Pn. Siti Zaleha binti Hamzah




PENCAPAIAN PERINGKAT NEGERI

A.PERKHEMAHAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI DI KEM TEKALI, HULU SELANGOR PADA 6 – 8/5/2009


1. Muhamad Syafiq Imran bin Suhaimi
2. Affiq Iskandar bin Ahmad Rizal
3. Nur Ain bt Azlan
4. Nur Fatin bt Zaidi

5. Guru Pengiring
Pn. Raziyah bt Ali
Pn. Azilah bt Haron

B.KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI DI STADIUM MSN, SHAH ALAM PADA 8/5/2009

1. Nur Wahidah bt Amran
Pencapaian : 200m dan 4 x 100 M Ke – 3

2. Guru Pengiring
Pn. Rustazah Salwa bt Hasan Basri

C.MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT NEGERI DI SHAH ALAM

1. Sri Suhailah bt Mohammad Safari
Pencapaian : Johan Hafazan

2. Guru Pengiring
Pn.Fauziah bt. Amran
Pn.Rustazah Salwa bt. Hasan Basri

D.KEJOHANAN BOLING PERINGKAT NEGERI PADA 12/10/2009 DI MEGALINES ALAM SENTRAL, SHAH ALAM.

1. Nur Wahidah bt Amran
Pencapaian : Individu –Naib Johan
Beregu -Naib Johan
Berkumpulan - Ketiga

2. Muhammad Firdaus b. Ibrahim
Pencapaian : Beregu - Ketiga
Berkumpulan - Ketiga

3. Guru Pengiring
Pn. Rustazah Salwa bt Hasan Basri
Pn. Fauziah bt Amran

E.KEJOHANAN FUTSAL PERINGKAT NEGERI DIREAL SPORTS ARENA TELOK GADONG, KLANG.

1. Muhammad Syafiq Imran bin Suhaimi
Pencapaian : Johan Futsal Junior Bermasalah Pembelajaran

2. Guru Pengiring
Pn. Raziyah bt Ali


PENCAPAIAN PERINGKAT DAERAH

A.KEJOHANAN OLAHRAGA PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH HULU SELANGOR PADA 25/3/2009


1. Nur Wahidah bt Amran
Pencapaian : 100m, 200m, lompat jauh – Johan

2. Firdaus bin Ibrahim
Pencapaian : Lompat jauh – Johan
100m dan 200m – Naib Johan

3. Guru Pengiring
Semua guru PPKI dan PPM.




B.MAJLIS TILAWAH AL-QURAN PENDIDIKAN KHAS PERINGKAT DAERAH DI SMK KG SOEHARTO PADA 13/5/2009

1. Nur Wahidah bt Amran
Pencapaian : Naib Johan Khat Jawi BD

2. Firdaus bin Ibrahim
Pencapaian : Naib Johan Khat Jawi BP

3. Muhammad Syafiq Imran bin Suhaimi
Pencapaian : Naib Johan Hafazan BP

4. Nor Fatin bt Zaidi
Pencapaian : Naib Johan Hafazan BP

5. Sri Suhailah bt Mohamad Safari
Pencapaian : Johan Hafazan BL

6. Adam Muhaimin bin Abdullah
Pencapaian : Ke-4 Azan Subuh

7. Guru Pengiring
Semua guru PPKI dan PPM





C.KEJOHANAN BOLING PERINGKAT DAERAH


1. Nur Wahidah bt Amran
Pencapaian : Johan Individu BP

2. Muhammad Firdaus bin Ibrahim
Pencapaian : Naib Johan Individu BD

3. Nur Ain bt.Azlan
Pencapaian : Ke-6 BP Terbuka

4. Guru Pengiring
Pn. Rustazah Salwa bt Hasan Basri
Pn. Fauziah bt Amran

Ramuan Istimewa...

Syukur al-hamdullilah, Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 dibawah pimpinan Puan Guru Besar; Cikgu Zalinah dan Puan Guru Penolong Kanan PPKI; Cikgu Fauziah, senantiasa mencatatkan kejayaan demi kejayaan yang amat membanggakan warga sekolah.

gb bersama ppki
Kejayaan ini tidak dicapai tanpa sokongan padu dari semua pihak termasuklah pihak pentadbir, guru-guru PPKI, pegawai pengurusan murid (PPM), kakitangan sokongan sekolah, Ibubapa dan waris serta anak didik yang cukup istimewa ini.

Photobucket
Ramuan kejayaan ini adalah berasaskan kemesraan dan semua dianggap sebagai ahli keluarga sendiri. Ada kalanya ditegur bagi merapatkan barisan dan ada kalanya pujian diberi bagi memotivasikan diri serta menunjukkan sedikit penghargaan.

Semoga PPKI Sekolah kita akan terus cemerlang, gemilang dan terbilang...
Amin...


Pada 6hb Oktober 2009, Sekolah dibawah Program Pendidikan Khas (PPKI) telah menghantar beberapa orang murid untuk menyertai Pertandingan Tempin Boling Terbuka Peringkat Daerah Hulu Selangor.

Alhamdullilah, tiga (3) orang murid dari sekolah kita telah berjaya merangkul tempat Johan, Naib Johan dan tempat keenam (6), walaupun bersaing dengan pelajar-pelajar sekolah menengah di daearah Hulu Selangor.

adik firdaus,adik Nurain bersama cikgu Salwa
Seterusnya, 2 orang pelajar kita telah terpilih untuk mewakili Daerah Hulu Selangor ke Pertandingan Boling peringkat Negeri Selangor pada 12hb Oktober 2009 yang telah diadakan di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Pelajar kita, Nur Wahida Amran telah berjaya merangkul Naib Johan Individu, Naib Johan Beregu dan tempat ke-3 dalam berkumpulan; dalam acara boling bagi kategori Bermasalah Pendengaran Perempuan. Manakala adik Firdaus Ibrahim telah berjaya merangkul tempat ke-3 dalam acara beregu dan berkumpulan.

Photobucket
Pada hari ini, adik Nur Wahida Amran telah terpilih mewakili negeri Selangor ke peringkat Kebangsaan yang sedang berlansung di Kuala Lumpur pada 19hb-21hb Oktober 2009. Kita doakan supaya adik Nur Wahida Amran akan mencapai kejayaan dan terus mengharumkan nama Selangor, Hulu Selangor dan seterusnya sekolah kita ini.

Adik Syafiq berbangga dengan piala yang dimenangi
Selain itu, pada 15hb Oktober 2009, adik Muhammad Syafiq Imran telah terpilih mewakili Daerah Hulu Selangor untuk menyertai acara futsal di Teluk Gadong, Klang, Peringkat Negeri Selangor 2009. Adik Muhammad Syafiq Imran telah bermain diposisi pertahanan bersama pasukan Daerah Hulu Selangor telah muncul sebagai Johan Pertandingan Futsal Kategori Junior Bermasalah Pembelajaran Peringkat Negeri Selangor 2009.

Photobucket

Tidak semua guru memilih untuk mengajar pendidikan khas. Bahkan ada guru yang terpaksa dan dipaksa untuk mengajar pendidikan khas disekolah. Ada guru ketika melapor diri terpaksa mengajar di seksyen pendidikan khas kerana tiada kekosongan di aliran perdana. Mahu tidak mahu, demi profesion keguruan itu sendiri, maka diterima tugas walaupun hati meronta-ronta.

Namun begitu, setelah beberapa bulan bersama dengan pendidikan khas, hati sudah tertawan dan begitu menyayangi suasana dan anak didik pendidikan khas itu. Memang agak meletihkan, merumitkan, tetapi tiada pekerjaan yang mudah dan senang. Jadi perasaan yang negatif itu dengan sendirinya telah bertukar menjadi positif. Alhamdullilah...

Pengalaman pertama bersama pendidikan khas ini turut dikongsi oleh Cikgu Ros. Ketiadaan pengalaman dalam bidang ini mengundang rasa takut-takut dan cuak bagi cikgu Ros. Seorang pelajar meminta izin untuk makan ketika di dalam kelas tidak diendahkan. Ya, peraturan sekolah dan kelas sendiri tidak membenarkan mana-mana pelajar sesuka hati untuk makan. Bahkan cikgu juga mestilah tegas dalam melaksanakan peraturan-peraturan yang dibuat demi kebaikan pelajar itu sendiri.

Pelajar : Cikgu, saya nak makan roti. (sambil mengeluarkan roti dari begnya)
Cikgu : Tidak boleh makan sekarang. Bukankah kita didalam kelas ni...
Pelajar : Saya nak juga. Saya nak makan juga. (sambil cuba membuka bungkusan roti)
Cikgu : TIDAK BOLEH MAKAN. Nanti makan dikantin sekolah (sambil roti dirampas cikgu)
Pelajar : Menangis... meraung sekuat hati... berguling-guling diatas lantai....
Cikgu : ..... (terkedu, terkejut)

Kalau anda sebagai guru disituasi ini, apakah penyelesaian yang akan diambil?

Pendekatan pendidikan khas adalah berbeza berbanding dengan pendidikan aliran perdana. Pendekatan disini diubahsuai supaya selari dengan latar belakang pelajar-pelajar istimewa ini.
Pendekatan ini juga memerlukan kesabaran, ketabahan dan keberanian dalam menempuh cabaran-cabaran yang mendatang. Pendekatan ini juga membuatkan guru-guru pendidikan khas menjadi lebih sayang dan kasih kepada aliran ini dan anak didiknya.

Tak kenal maka tak cinta...

SKTBR1 bangga jadi ikon pendidikan khas integrasi




Ditulis oleh MUHAMMAD FAWWAZ FAUZI

Image MELESTARIKAN impian menjadi sekolah cemerlang dan terbilang khususnya dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) adalah wahana unggul yang digalas penuh komitmen warga Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bunga Raya 1, Hulu Selangor.

Di sebalik usaha mendidik murid istimewa sejak 12 Januari 2004 itu, warga sekolah ini menempa pelbagai kejayaan dalam pendidikan khas itu. Pencapaian dalam bidang kokurikulum turut sama menyumbang kejayaan berharga hasil kesungguhan warga guru dan murid sekolah ini sejak enam tahun lalu.

Guru Besar, Zalinah Zubir, berkata kelas PPKI yang ditubuhkan memberi peluang kepada masyarakat setempat menghantar anak istimewa mereka untuk menerima pendidikan sempurna seperti murid normal lain.

Katanya, sebanyak tujuh kelas menempatkan 44 murid yang ditadbir Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Fauziah Amran dengan 11 guru berpengalaman mendidik murid ini tanpa jemu dan berputus asa.

Selanjtnya di http://pendidik.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=375

Bismillahir Rahmanir Rahim.


Ya Allah Ya Tuhan kami, kami bersyukur pada-Mu Ya Allah atas segala limpah kurnia nikmat yang Engkau berikan kepada kami. Ya Allah, jadikanlah segala nikmat yang telah Engkau kurniakan itu sentiasa berpanjangan buat kami.

Ya Allah, pada pagi yang mulia ini, kami memohon pada-Mu, Ya Allah, berkatilah hari-hari yang bakal kami lalui. Berikanlah hidayah-Mu kepada kami. Ya-Allah, kami amat mengharapkan pertolongan-Mu. Tenangkanlah hati dan fikiran kami agar kami dapat manfaat sepenuhnya daripada apa yang diajarkan oleh guru-guru kami.

Ya Allah Ya Tuhan kami, peliharalah perjalanan kami, perjalanan guru-guru kami, datang dan pulang. Kurniakanlah taufik dah hidayah-Mu kepada guru-guru kami.

Ya Allah Ya Tuhan kami, ampunilah dosa kami, kedua-dua ibu bapa kami, guru-guru kami, muslimin dan muslimat yang masih hidup, mahupun yang telah meninggalkan kami.


Klik sambil menyumbang... Tiada bayaran dikenakan keatas anda...

Terapi air...

Kenali daku

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUNGA RAYA 1
PERSIARAN BUNGA RAYA, BUKIT BERUNTUNG,
48300 RAWANG, SELANGOR

Followers

CARTA ORGANISASI PPKI SKTBR1

Klik sini...


ShoutMix chat widget