SKTBR1 bangga jadi ikon pendidikan khas integrasi




Ditulis oleh MUHAMMAD FAWWAZ FAUZI

Image MELESTARIKAN impian menjadi sekolah cemerlang dan terbilang khususnya dalam Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) adalah wahana unggul yang digalas penuh komitmen warga Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Bunga Raya 1, Hulu Selangor.

Di sebalik usaha mendidik murid istimewa sejak 12 Januari 2004 itu, warga sekolah ini menempa pelbagai kejayaan dalam pendidikan khas itu. Pencapaian dalam bidang kokurikulum turut sama menyumbang kejayaan berharga hasil kesungguhan warga guru dan murid sekolah ini sejak enam tahun lalu.

Guru Besar, Zalinah Zubir, berkata kelas PPKI yang ditubuhkan memberi peluang kepada masyarakat setempat menghantar anak istimewa mereka untuk menerima pendidikan sempurna seperti murid normal lain.

Katanya, sebanyak tujuh kelas menempatkan 44 murid yang ditadbir Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas, Fauziah Amran dengan 11 guru berpengalaman mendidik murid ini tanpa jemu dan berputus asa.

Selanjtnya di http://pendidik.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=375