Photobucket

Beribu-ribu tahun dahulu ia dipanggil anak syaitan. Ibu bapanya juga dianggap sial dan berkawan dengan syaitan sehingga melahirkan anak sebegini. Bahkan sejarah merekodkan bahawa di zaman kegemilangan Tamadun Rom, sesiapa sahaja yang berkaitan dengan anak ini akan dicemuh, dipulau dan dikeji sehinggakan dibunuh begitu sahaja.

Photobucket

Rekod yang ditemui oleh ahli sejarahwan, Di Rom, ibu yang baru melahirkan anak cacat ini akan segera membuang anak tersebut di sebuah bukit untuk dibiarkan bagi santapan binatang buas di hutan. Kelahiran ini akan dirahsiakan supaya keluarganya tidak dipulaukan atau disisihkan masyarakat ketika itu.

Photobucket

Itulah layanan masyarakat yang dikatakan paling bertamadun didunia ketika itu terhadap anak-anak yang berkeperluan khas.

Ratusan tahun dahulu, ia dipanggil anak pembawa malang dan anak sial. Ibubapa secepatnya akan membuang ataupun membunuh anak tersebut.

Perkara ini terjadi pada semua bangsa dan etnik diseluruh dunia dan itulah layanan masyarakat terhadap mereka yang dilahirkan kurang upaya.



Puluhan tahun dahulu, ia dianggap anak yang cacat ataupun 3 suku. Ia disisihkan, dibiarkan dan dirantai dibawah rumah. Anak-anak ini akan diejek, dilemparkan kata nista dan sering menjadi bahan gurauan masyarakat ketika itu.

Ibubapa dan keluarga menjadi malu dan mula menyalahkan antara satu sama lain. Anak-anak ini sering menjadi tempat melampiaskan kemarahan mereka. Apa jua kesalahan yang berlaku diletakan di bahu anak-anak seperti ini.

Photobucket

Namun begitu, Jean-Mac Gaspard Itard (1775-1838), seorang doktor berbangsa Perancis telah ditugaskan untuk merawat seorang budak yang bergelar "Budak Liar Aveyron" yang berusia 12 tahun.

Photobucket

Budak Liar Aveyron ini bernama Victor dan dijumpai dihutan. Victor juga dianggap budak yang tidak bertamadun dan buas. Kelakuannya dikatakan seperti binatang buas.

Setelah dikaji oleh Dr Itard, Victor didapati pekak dan bisu dan ramai pakar pada ketika itu berpendapat bahawa Victor hanya sampah masyarakat yang tidak dapat diajar apa-apa pun.

Selama 5 tahun, Dr Itard mengajar Victor kemahiran asas seperti memakai baju, menjaga kebersihan diri, bertutur dan bercampur gaul dengan masyarakat.

Dr Itard berasa sungguh kecewa dengan kemajuan Victor dan beliau hampir berputus asa serta mahu mengaku gagal, namun hati kecilnya berasa sungguh kasihan kepada Victor dan beliau terus berusaha dan mengambil masa yang sungguh lama.

Akhirnya dengan kesabaran dan keikhlasan mengajar Victor, akhirnya Victor mula mengenali huruf-huruf abjad, tahu banyak maksud perkataan serta kebolehan menguruskan diri serta tingkah lakunya sendiri.

Masyarakat menjadi gempar ketika itu dan telah menjadi satu fenomena serta kesedaran bahawa kanak-kanak seperti Victor boleh diajar sekiranya diberi perhatian yang sewajarnya.

Photobucket

Kesedaran ini telah merintis kepada kewujudan Pendidikan Khas diseluruh dunia.

Namun begitu masih ada lagi individu yang suka memandang rendah kepada anak-anak keperluan khas ini.

Memandang sinis terhadap anak-anak ini, melampiaskan kemarahan terhadap anak ini dan menafikan hak anak-anak istimewa ini.

Adakah anda begitu? Tepuk dada tanyalah iman...

Janganlah anda menyisihkan anak-anak istimewa ini kerana mereka juga adalah manusia seperti anda.