Ini adalah kisah tentang Fahmi, murid berkeperluan khas.

Fahmi adalah murid yang paling gembira bila dikhabarkan tentang terapi air/berenang. Fahmi akan mengira hari demi hari untuk menyertai terapi air.

Sejak hari isnin lepas lagi Fahmi sudah mengira hari demi hari untuk ke kelas terapi air.

Hari Khamis selalunya adalah kelas terapi dan minggu ini adalah terapi air yang akan dijalankan di Kelab Golf Bukit Beruntung, Rawang.

Fahmi sungguh gembira dan ceria pada pagi khamis tadi. Selepas berkumpul di laman koridor PPKI sekolah, Fahmi dan rakan-rakan bersarapan pagi sebelum bertolak ke Kelab Golf Bukit Beruntung, Rawang untuk menjalani terapi air.

Setelah sarapan, cikgu menyuruh semua murid beratur dengan beg pakaian untuk bertolak ke Kelab Golf. Fahmi sungguh gembira. Keceriaannya terserlah sekali.

Tetapi tiba-tiba cikgu suruh buka kasut dan masuk ke kelas. Fahmi tak faham, kenapa perlu masuk ke kelas sedangkan cikgu dan mama dah berjanji untuk ke kelas terapi air.

Fahmi berfikir apa kesalahan Fahmi sampaikan cikgu tak mahu membawa Fahmi berenang sedangkan cikgu dah berjanji...

"Cikgu, Fahmi nak berenang? kenapa kita tak berenang hari ini?" tanya Fahmi kepada cikgu...

"Hari ini sekolah ada sukan mini, kan ramai kawan-kawan kat luar tuh, macam pesta, Fahmi tak suka pesta ke?" jawab cikgu sambil mengalih perhatian Fahmi...

"Fahmi suka pesta tapi tu bukan pesta. tu PJ (Fahmi menganggap semua jenis sukan adalah PJ). Fahmi ada seluar berenang baru, jomlah kita pergi berenang, cikgu. Cikgu janji hari ini kita berenang...Fahmi dah kira hari ini kita berenang" respon Fahmi...

"Ala Fahmi, hari ini kita tak pergi berenang, Sekolah kita ada sukan mini. Kalau kita keluar berenang, nanti guru besar marah, Fahmi takutkan dengan guru besar? Nanti-nanti kita pergi berenang ye" pujuk cikgu..



Muka Fahmi masam. Fahmi merajuk. Dan terus menangis. Fahmi terus berbaring dan kepalanya dimasukkan di bawah meja dikelas...



"huhuhu... cikgu penipu!!! Fahmi nak berenang!!! huhuhu.. Ya Allah!! cikgu penipu!!! kenapa semua orang menipu? huhuhuhu.... Jerit Fahmi semakin kuat...

Tersentap perasaan cikgu-cikgu mendengar jeritan Fahmi mengatakan "CIKGU PENIPU"

Tiba-tiba Fahmi menjadi agresif. Tangisan Fahmi semakin kuat. Fahmi terus berbaring dilantai dan kepala dimasukkan dibawah meja dan menangis kuat...

"Aku nak berenang!!! aku nak berenang!!!

Seorang demi seorang cikgu cuba memujuk Fahmi...

Air minuman? gula-gula? mee kegemaran Fahmi? patung harimau kesukaan Fahmi?

Jawapan Fahmi adalah:

Sekolah penipu!

Cikgu Penipu!

Guru besar penipu!

Ya Allah, kenapa cikgu menipu!

Aku nak berenang!!!

Sehingga pulang tadi Fahmi masih bermasam muka dan bersedih....

Photobucket

p/s: Hari Khamis sepatutnya berlangsung kelas terapi air tetapi ditangguhkan kerana arahan pihak pentadbir sekolah disebabkan berlangsungnya Sukan Mini Peringkat Sekolah.