PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

SK TAMAN BUNGA RAYA 1, BUKIT BERUNTUNG, 48300 RAWANG,SELANGOR

MASALAH TINGKAH LAKU

Kanak-kanak yang menghadapi masalah tingkahlaku tidak boleh menyesuaikan dirinya dengan kelakuan-kelakuan yang diterima oleh masyarakat dan selalunya keadaan ini menjejaskan keadaan pelajarannya, keupayaan untuk belajar dan perhubungannya dengan orang lain.

Definisi Masalah Tingkahlaku

A. Robert H Woody - The School and the Behavioural Problem Child

"Semua tingkahlaku di sekolah dapat diperlihatkan dalam berbagai bentuk dan ragam. Kanak - kanak tidak dapat menyesuaikan diri mereka dengan keadaan dan suasana pembelajaran. Keadaan begini selalu menjejaskan pelajaran dan keupayaan mereka untuk belajar dan berhubung dengan orang lain."


Ciri-Ciri

• Menakut - nakutkan kanak-kanak yang lebih kecil / muda

• Mencederakan rakan - rakan

• Suka mencari gaduh.

• Bercakap besar / bercakap bohong.

• Melakukan kegiatan negatif - mencuri, menghisap rokok

• Suka menyakiti hati orang.

• Menjahanamkan harta benda.

• Tidak duduk diam - menjerit.

• Berlari keliling.

• Tidak mendengar arahan.

• Membantah.

• Panas baran.

• Tidak menyiapkan tugasan yang diberi.

Punca

• Masalah keluarga

• Pengaruh rakan

• Pengaruh media.

• Genetik.


Strategi Pengajaran dan Pembelajaran.

• Keselamatan dan jaminan - kesejahteraan.

• Kasih sayang.

• Memberi aktiviti dia minat.

• Kaunseling individu / keluarga / kelompok.

• Provok.

• Kawalan mentor - mentee.

• Kaedah kontrak - perjanjian dua hala.

• Beri tugasan yang diminati.

• Beri galakan dan motivasi

• Perbincangan teraputik (therapeutic)

• Pemerhatian tingkahlaku pelajar -- merekod / mencatat tingkahlaku pelajar -- ganjaran.

• Interaksi - keluarga , sekolah, jiran dan komuniti yang lebih besar.

• Memusatkan latar peribadi secara terbuka dengan guru bertindak sebagai pemangkin.


LANGKAH - LANGKAH MENGUBAH DAN MEMBENTUK TINGKAH LAKU

1. Klasifikasikan tingkah laku

2. Merekodkan tingkah laku negatif / positif

3. Jelaskan kehendak dan keperluan

4. Ganjaran sosial ucapan / ciuman /benda hadiah / aktiviti lawatan/ token bintang / markah /denda time out

5. Pastikan guru mempunyai masa untuk melakukan sesuatu aktiviti.

6. Kelainan dalam latihan

7. Latihan yang bersesuaian dengan setiap murid lebih baik daripada satu latihan yang umum "standard" yang diharapkan daripada semua murid.

APA YANG PERLU KITA BUAT BILA....

APABILA anak-anak terlebih aktif, tidak menangis apabila jatuh dari tempat tinggi, kurang kepekaan merasa atau lambat respons terhadap sesuatu perkara yang menggemparkan, anda perlu berhati-hati! Terdapat kemungkinan anak anda mengalami kecederaan otak.

Masyarakat yang menyaksikan senario tersebut pula besar kemungkinan melabelkan anak anda sebagai cacat akal, hiperaktif, lembam, menghidapi penyakit cerebral palsy, autisme, epilepsi atau mungkin juga Down Sindrom. Ibu bapa pula yang tidak mempunyai ilmu perubatan secukupnya mungkin hanya akan membiarkan keadaan tersebut dan menganggapnya sebagai takdir semata-mata.

Bergantung pada apakah kecederaan otak yang dihadapi, anak-anak pastinya akan berhadapan dengan masalah tertentu seperti pergerakan lambat, masalah penglihatan, pendengaran, pertuturan, pembelajaran atau mungkin juga gabungan antara semua masalah tersebut.

Lebih teruk jika anak tersebut mengalami masalah lain seperti alahan, masalah penghadaman serta masalah kesihatan lain yang boleh menjurus kepada taraf kesihatannya secara keseluruhan.

Dan jika anda membiarkan sahaja perkara tersebut, ia akan menjadi lebih teruk. Padahal kecederaan otak tersebut sebenarnya boleh dirawat hingga anak menjadi normal kembali.

Pakar Terapi Fizikal Institutes for The Achievement of Human Potential (IAHP), Glenn Doman berkata, otak adalah organ utama yang menentukan kelancaran pergerakan seluruh badan.

"Terdapat lima deria yang boleh ditafsir oleh otak iaitu penglihatan, pendengaran, merasa, perasaan dan bau. Manusia mempelajari sesuatu menerusi lima deria ini," jelas beliau.

Doman berkata, terdapat ribuan cara untuk merangsang otak melalui lima pancaindera tersebut.

"Apabila salah satu fungsi otak dapat dipertingkat, maka fungsi lain juga boleh dipertingkat ke tahap tertentu. Perlu diingat, otak semakin berkembang apabila digunakan dan dirangsang," kata penulis buku What To Do About Your Brain-Injured Child ini.

Doman berkata, ramai orang beranggapan bahawa tahap keupayaan otak adalah sama sejak dilahirkan hingga besar.

Tanggapan tersebut tidakbenar sama sekali kerana otak sebenarnya boleh berkembang apabila kita menggunakan cara rangsangan yang betul, bergantung kepada tahap kecederaannya.

Beliau juga percaya bahawa disebabkan pembangunan neurologi kanak-kanak yang mengalami kecederaan otak boleh dipercepat, perkara yang sama boleh dilakukan kepada kanak-kanak yang sihat.

"Apabila kecederaan berlaku, ia sebenarnya berlaku di dalam otak.Merawati simptom otak tersebut tidak memberi harapan semata-mata tetapi harus diingat, kanak-kanak yang mengalami kecederaan otak bukanlah tidak mempunyai harapan untuk menjadi normal, cuma perhatian dan cara rawatan perlulah berterusan dan teknik yang betul," jelasnya.

Menurut Doman, rawatan dan terapi pada anak-anak yang mengalami kecederaan otak dilakukan pada pelbagai frasa seperti pergerakan,kepintaran, komunikasi, cara pergaulan, pemakanan, perubatan dan pembedahan jika perlu.

"Ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami simptom yang disebutkandi atas perlu tahu bahawa beribu-ribu kanak-kanak di seluruh dunia yang pernah mengalami kecederaan otak kini dalam proses untuk menjadi normal dan ramai juga yang telah berjaya dalam rawatan mereka.

Setiap ibu bapa harus mengambil langkah proaktif untuk memberi harapan kepada anak yang mengalami kecederaan otak untuk menempuhi kehidupan normal seperti kanak-kanak lain," tambahnya.

Pesan Doman, sebagai ibu bapa yang mempunyai anak yang mengalami kecederaan otak, perlu mempunyai sikap-sikap seperti di bawah :-

Jangan ada istilah 'tiada harapan' dalam diri.

Masa adalah 'musuh' pada kanak-kanak yang mengalami kecederaan otak, lebih cepat mendapat rawatan, lebih cerah harapan untuk menjadi normal.

Jangan biarkan anak anda menjadi mangsa rawatan alternatif yang anda sendiri tidak pasti keberkesanannya.

Beri penerangan pada ahli keluarga lain mengapa rawatan perlu pada anak anda.

Yakin pada potensi yang ada pada anak, hanya anda yang mengetahui tentang diri anak anda sepenuhnya.

Anak anda itu sebenarnya lagi tabah daripada yang anda fikirkan.

Anak itulah yang paling berani dalam ahli keluarga anda.

Anak anda berhak untuk mendapatkan yang terbaik dan andalah yang perlu mencarinya untuk mereka.

Akhir sekali, ibu bapa jangan sekali-kali mengaku kalah.

Cikgu Penipu!!!!

Ini adalah kisah tentang Fahmi, murid berkeperluan khas.

Fahmi adalah murid yang paling gembira bila dikhabarkan tentang terapi air/berenang. Fahmi akan mengira hari demi hari untuk menyertai terapi air.

Sejak hari isnin lepas lagi Fahmi sudah mengira hari demi hari untuk ke kelas terapi air.

Hari Khamis selalunya adalah kelas terapi dan minggu ini adalah terapi air yang akan dijalankan di Kelab Golf Bukit Beruntung, Rawang.

Fahmi sungguh gembira dan ceria pada pagi khamis tadi. Selepas berkumpul di laman koridor PPKI sekolah, Fahmi dan rakan-rakan bersarapan pagi sebelum bertolak ke Kelab Golf Bukit Beruntung, Rawang untuk menjalani terapi air.

Setelah sarapan, cikgu menyuruh semua murid beratur dengan beg pakaian untuk bertolak ke Kelab Golf. Fahmi sungguh gembira. Keceriaannya terserlah sekali.

Tetapi tiba-tiba cikgu suruh buka kasut dan masuk ke kelas. Fahmi tak faham, kenapa perlu masuk ke kelas sedangkan cikgu dan mama dah berjanji untuk ke kelas terapi air.

Fahmi berfikir apa kesalahan Fahmi sampaikan cikgu tak mahu membawa Fahmi berenang sedangkan cikgu dah berjanji...

"Cikgu, Fahmi nak berenang? kenapa kita tak berenang hari ini?" tanya Fahmi kepada cikgu...

"Hari ini sekolah ada sukan mini, kan ramai kawan-kawan kat luar tuh, macam pesta, Fahmi tak suka pesta ke?" jawab cikgu sambil mengalih perhatian Fahmi...

"Fahmi suka pesta tapi tu bukan pesta. tu PJ (Fahmi menganggap semua jenis sukan adalah PJ). Fahmi ada seluar berenang baru, jomlah kita pergi berenang, cikgu. Cikgu janji hari ini kita berenang...Fahmi dah kira hari ini kita berenang" respon Fahmi...

"Ala Fahmi, hari ini kita tak pergi berenang, Sekolah kita ada sukan mini. Kalau kita keluar berenang, nanti guru besar marah, Fahmi takutkan dengan guru besar? Nanti-nanti kita pergi berenang ye" pujuk cikgu..



Muka Fahmi masam. Fahmi merajuk. Dan terus menangis. Fahmi terus berbaring dan kepalanya dimasukkan di bawah meja dikelas...



"huhuhu... cikgu penipu!!! Fahmi nak berenang!!! huhuhu.. Ya Allah!! cikgu penipu!!! kenapa semua orang menipu? huhuhuhu.... Jerit Fahmi semakin kuat...

Tersentap perasaan cikgu-cikgu mendengar jeritan Fahmi mengatakan "CIKGU PENIPU"

Tiba-tiba Fahmi menjadi agresif. Tangisan Fahmi semakin kuat. Fahmi terus berbaring dilantai dan kepala dimasukkan dibawah meja dan menangis kuat...

"Aku nak berenang!!! aku nak berenang!!!

Seorang demi seorang cikgu cuba memujuk Fahmi...

Air minuman? gula-gula? mee kegemaran Fahmi? patung harimau kesukaan Fahmi?

Jawapan Fahmi adalah:

Sekolah penipu!

Cikgu Penipu!

Guru besar penipu!

Ya Allah, kenapa cikgu menipu!

Aku nak berenang!!!

Sehingga pulang tadi Fahmi masih bermasam muka dan bersedih....

Photobucket

p/s: Hari Khamis sepatutnya berlangsung kelas terapi air tetapi ditangguhkan kerana arahan pihak pentadbir sekolah disebabkan berlangsungnya Sukan Mini Peringkat Sekolah.


Photobucket

Beribu-ribu tahun dahulu ia dipanggil anak syaitan. Ibu bapanya juga dianggap sial dan berkawan dengan syaitan sehingga melahirkan anak sebegini. Bahkan sejarah merekodkan bahawa di zaman kegemilangan Tamadun Rom, sesiapa sahaja yang berkaitan dengan anak ini akan dicemuh, dipulau dan dikeji sehinggakan dibunuh begitu sahaja.

Photobucket

Rekod yang ditemui oleh ahli sejarahwan, Di Rom, ibu yang baru melahirkan anak cacat ini akan segera membuang anak tersebut di sebuah bukit untuk dibiarkan bagi santapan binatang buas di hutan. Kelahiran ini akan dirahsiakan supaya keluarganya tidak dipulaukan atau disisihkan masyarakat ketika itu.

Photobucket

Itulah layanan masyarakat yang dikatakan paling bertamadun didunia ketika itu terhadap anak-anak yang berkeperluan khas.

Ratusan tahun dahulu, ia dipanggil anak pembawa malang dan anak sial. Ibubapa secepatnya akan membuang ataupun membunuh anak tersebut.

Perkara ini terjadi pada semua bangsa dan etnik diseluruh dunia dan itulah layanan masyarakat terhadap mereka yang dilahirkan kurang upaya.



Puluhan tahun dahulu, ia dianggap anak yang cacat ataupun 3 suku. Ia disisihkan, dibiarkan dan dirantai dibawah rumah. Anak-anak ini akan diejek, dilemparkan kata nista dan sering menjadi bahan gurauan masyarakat ketika itu.

Ibubapa dan keluarga menjadi malu dan mula menyalahkan antara satu sama lain. Anak-anak ini sering menjadi tempat melampiaskan kemarahan mereka. Apa jua kesalahan yang berlaku diletakan di bahu anak-anak seperti ini.

Photobucket

Namun begitu, Jean-Mac Gaspard Itard (1775-1838), seorang doktor berbangsa Perancis telah ditugaskan untuk merawat seorang budak yang bergelar "Budak Liar Aveyron" yang berusia 12 tahun.

Photobucket

Budak Liar Aveyron ini bernama Victor dan dijumpai dihutan. Victor juga dianggap budak yang tidak bertamadun dan buas. Kelakuannya dikatakan seperti binatang buas.

Setelah dikaji oleh Dr Itard, Victor didapati pekak dan bisu dan ramai pakar pada ketika itu berpendapat bahawa Victor hanya sampah masyarakat yang tidak dapat diajar apa-apa pun.

Selama 5 tahun, Dr Itard mengajar Victor kemahiran asas seperti memakai baju, menjaga kebersihan diri, bertutur dan bercampur gaul dengan masyarakat.

Dr Itard berasa sungguh kecewa dengan kemajuan Victor dan beliau hampir berputus asa serta mahu mengaku gagal, namun hati kecilnya berasa sungguh kasihan kepada Victor dan beliau terus berusaha dan mengambil masa yang sungguh lama.

Akhirnya dengan kesabaran dan keikhlasan mengajar Victor, akhirnya Victor mula mengenali huruf-huruf abjad, tahu banyak maksud perkataan serta kebolehan menguruskan diri serta tingkah lakunya sendiri.

Masyarakat menjadi gempar ketika itu dan telah menjadi satu fenomena serta kesedaran bahawa kanak-kanak seperti Victor boleh diajar sekiranya diberi perhatian yang sewajarnya.

Photobucket

Kesedaran ini telah merintis kepada kewujudan Pendidikan Khas diseluruh dunia.

Namun begitu masih ada lagi individu yang suka memandang rendah kepada anak-anak keperluan khas ini.

Memandang sinis terhadap anak-anak ini, melampiaskan kemarahan terhadap anak ini dan menafikan hak anak-anak istimewa ini.

Adakah anda begitu? Tepuk dada tanyalah iman...

Janganlah anda menyisihkan anak-anak istimewa ini kerana mereka juga adalah manusia seperti anda.


Klik sambil menyumbang... Tiada bayaran dikenakan keatas anda...

Terapi air...

Kenali daku

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI
SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN BUNGA RAYA 1
PERSIARAN BUNGA RAYA, BUKIT BERUNTUNG,
48300 RAWANG, SELANGOR

Followers

CARTA ORGANISASI PPKI SKTBR1

Klik sini...


ShoutMix chat widget